15 June, 2009

Jangan pandang belakang

Ingat lagi entry saya tentang benda halus kat bahu Hubby? Ok, semalam kami dah pergi keluarkan benda tu. Cara nak keluarkan tu tak de lah ala-ala cerita Jangan Pandang Belakang tu, saje nak letak tajuk gempak sikit.

Hubby disuruh duduk berlunjur. Dua-dua tangan pun diluruskan. Ustaz baca ayat-ayat tertentu, tepuk-tepuk belakang Hubby dan lurutkan benda tu keluar ikut kaki. Tapi, Hubby kata, serius dia tak rasa apa-apa. Beberapa kali jugak Ustaz tu buat sebelum kami nampak kaki sebelah kiri Hubby bergerak sikit. Semua orang lega… “oh.. dia dah keluar”. Ustaz tu kata, benda tu bukan dalam badan, dia cuma menumpang kat luar. Huhu… teringat cerita Shutter.. watak hero filem tu rasa kaki dia lenguh-lenguh, berat je nak melangkah. Sebenarnya ada benda yang menyerupai budak kecik dok bergayut kat kaki dia.

Tapi, lepas sesi mengeluarkan benda tu, Hubby bisik kat saya “Betul.. abang tak rasa apa-apa. Kaki gerak tu sebab dah lenguh”. Suspense jugak nih.

Tak lama lepas Hubby selesai berubat, anak buah hubby yang boleh nampak benda halus tu pun sampai. Hubby suruh anak buah dia tengok kot ada lagi benda tu. Dia kata, dah tak ada tapi benda tu tinggal kesan lebam-lebam yang hanya anak buah ni boleh nampak. Benda tu hisap darah rupanya. Siap tunjuk camne, benda tu hisap dan tinggal kesan. Horror ok.

Lepas tu Hubby cakap kat anak buah ni.. “cuba tengok kat Aunty My.za ada tak?”. Serius saya cuak giler nak dengar apa jawapan dia. Degupan jantung terus rasa semakin laju. Saya memang tak rasa yang pelik-pelik. Tapi, masa dalam perjalanan ke rumah Ustaz tu, rasa seriau pun ada jugak sikit.

.

.

.

.

.

.

.

.

“Tak ada”. Fuh… Alhamdulillah… lega!

3 comments:

Adwindaa said...

huhuhh.... seram woo... tp alhamdulillah sume dh berakhir....

Zety Zin said...

huiyo. eh nanti boleh la suruh anak buah hubby myza tengok2kan irma. boleh ke?

me_czar said...

Adwindaaa :
Tula.. Alhamdulillah benda tu dh kuar. Kitaorg mintak jugak Ustaz tu tgkkan anak-anak. Mujur xde yang singgah.

Zety :
Kami kena fikirkan caralah camne nak kidnap anak buah tu. Huhu..

Related Posts with Thumbnails