02 June, 2009

Kebolehan luar biasa

Seorang anak saudara Hubby, mempunyai kebolehan istimewa. Baru berumur 8 tahun kalau tak silap saya dan dia boleh nampak benda halus. Keistimewaan tu dia dapat secara tiba-tiba baru-baru ni. Sabtu lepas, masa berkumpul dengan keluarga sebelah suami, MIL saya saja-saja suruh tengokkan kalau ada apa-apa pada Hubby. Anak saudara tu kata, ada benda kat bahu sebelah kiri.

Hubby buat andaian mungkin sbb banyak sangat berhenti tepi jalan hari tu. Dan ada satu masa enjin kereta mati kat kawasan kolam kumbahan antara waktu maghrib dan isya’. Mungkin ada yang menyinggah. Tapi, bila anak-anak pun ok jer ngan Hubby, saya tak amek pusing sangat. Yelah… benda tu tak ganggu kita.. buat-buat tak tahu je la…

Semalam kebetulan kami jumpa lagi anak saudara tu, Hubby tanya lagi pada dia kalau-kalau benda tu masih ada lagi selepas 2 hari. Jeng.. jeng.. jeng... Ada lagi rupanya kat bahu sebelah kiri. Kecil je bendanya dan rupanya buruk.

Malam tadi, tetiba Hubby cakap kat saya…

“abang ingat nak jumpa Ustaz belakang umah kita ni lah (dia pandai mengubat), mintak dia tengok-tengokkan”.

Seram pulak saya dengar… Selama ni ada juga MIL & SIL cadangkan Hubby jumpa orang tertentu. Tapi, Hubby tak cenderung berubat camtu. Dia berpegang pada amalan bacaan ayat kursi dan beberapa yang lain. Ni dia sendiri yang cadangkan pulak. Maybe he took it seriously this time…

4 comments:

Zety Zin said...

better pergi la kut. takut bendanya mula2 je menumpang kat bahu, karang lama-lama menumpang 'makan' pulak. huhu.

me_czar said...

Eww... horrornya!
Baik, saya akan pastikan hubby pergi jugak.

Adwindaa said...

betul betul betul... better pegi... kang ada yang kurus melidi sbb ne 'makan'....

chilun @ cik pau @ bibimie said...

uikss... dasatnyer anak sedara tu yer. bleh ngubat orang agaknya nanti tu.

Related Posts with Thumbnails