01 June, 2009

Me.layu

Saya baru saja naik angin pada seorang sub-kontraktor untuk projek U*M.

Ketika mula-mula dapatkan sebut harga untuk kerja tu, ada 2 orang sub-kontraktor yang turut serta. Satunya ialah seorang sub-kontraktor Indonesia dan seorang lagi ialah sub-kontraktor orang kita.

Pada sebut harga pertama, harga sub-kon Indon ni lebih murah dari harga sub-kon kita. Saya minta sub-kon kita ni untuk pinda sebut harga yang dia hantar pertama kali. Sebabnya, nak sesuaikan dengan bajet kami dan keduanya, biarlah orang negara kita yang buat daripada pekerja Indonesia.

Dia terima tawaran saya dan hantar sebut harga baru yang berpadanan dengan bajet kami. Pihak pengurusan pun bersetuju untuk serahkan kerja tu pada sub-kon ni.

Apa yang saya marah ialah:

Sebut harga yang dia bagi pada saya tu adalah termasuk accessories. Tapi hari ni bila dia hantar claim, dia nak claim pulak accessories sebagai kerja tambahan.

Saya tanya dia, “En. A, masa saya offer encik harga tu, kenapa encik begitu yakin sekali encik boleh buat? Sedangkan saya dah tanya berkali-kali, betul ke rate encik tu. Kalau encik tengok balik quotation yang encik bagi, harga tu adalah termasuk accessories. Saya tak boleh bagi apa encik claim tu.”

Jawapan dia sangat senang “saya tersilap masa tu, bukan saya buat quotation tu”.

Saya bagi dia sedas “Bila encik nak claim semua as vo, harga pesaing encik tu lagi murahlah jadinya sekarang. Encik pun tau kenapa saya tawarkan harga tu dulu pada encik. Sedangkan encik tak pernah kerja pun dengan syarikat kami. Sepatutnya encik kena tengok betul-betul boleh ke encik buat dengan harga tu. Quotation encik pada saya cukup jelas, accessories yang encik kata kerja tambahan tu, semua termasuk dalam harga yang encik bagi. Saya bagi encik peluang, tapi encik tak pastikan betul-betul. Macam mana kami nak bagi kerja lagi macam ni?

Saya jadi serik pulak nak recommend kerja pada orang kita… me.layu. Bila dia nampak peluang dia untuk dapat kerja tu cerah, dia dh jadi gelap mata, main aci redah jer. Bulan bintang pun dia kata dia boleh bagi. Mujur contract sum bukan banyak sangat pun, tapi mencabar kredibiliti saya jugaklah kalau kontrak sekecil ini pun boleh jadi hal juga.

Sangat jelas, saya akan bayar dia based on contract yang dia dah sign dengan kami dulu. Take it or leave it!

2 comments:

lia said...

aku lak benci dgn kontraktor yg suka pakai kabel... rasa cm nak terajang jer... sbb kita da payah2 nilai, tup2 yg d award pada org lain... baik xpyh soh kita nilai...

chilun @ cik pau @ bibimie said...

woah... garangnyer cik myza

Related Posts with Thumbnails