07 June, 2009

Menjahit lagi

Zippered pouch yang diubah suai bahagian bawahnya untuk dijadikan pencil case ibu saya & wrist clutch ikut pattern sendiri

Pandangan bahagian dalam. Wrist clutch tu saya buatkan satu poket

Dalam pada terbeban dengan kerja banyak di pejabat dan badan yang tak berapa sihat, saya dapat juga jahit 2 benda ni bermula petang Khamis lepas. Seronok bila tengok hasilnya. Hilang semua tekanan.

Sepatutnya saya jahitkan tote bag untuk ibu saya gunakan pergi kelas agama. Lepas tu ibu juga minta saya jahitkan sekali pencil case. Saya dah potong kain untuk wat tote bag tapi tersalah ukuran, terkecil pula. Jadi saya jahit pencil case dulu. Lepas tu, gatal pulak tangan nak cuba jahit wrist clutch. Saya cuba google untuk pattern tapi, tak jumpa yang memuaskan hati. Jadi saya draft sendiri jer. Boleh tahan juga hasilnya *bagi saya la*. Cuma banyak lagi yang perlu diperkemaskan.

Rasa macam nak jahit lagi dan lagi dan lagi...

p.s : Sila abaikan saya yang poyo siap amek gambar kat luar rumah lagi. Kahkahkah... Bosan asik gambar dalam rumah. Nak bagi lain sikit kali ni. Nasib tak ada jiran yang nampak.

4 comments:

guess who said...

canteknye background...

Fid said...

lawa..lawa....tutorial plz hahaaa

kita said...

cantik
ko ne mmg ada bakat & minatla..
kita??
beli jelah jawabnya..
tak de kesabaran nak buat benda2 mcm ne

me_czar said...

I know who you are : Memangla background cantik. Sbb nak kata abang yang tanam rumput kan?

Fid : Bab tutorial yang mak lomah ni. Kena tanya Hubby kot2 dia sudi nak jadi photographer tak berbayar

Kita : Minat tu memang ada... cuma susah nak cari masa. Nuryn dah besar sikit baru dapat peluang

Related Posts with Thumbnails