11 June, 2009

More TV means less time for baby's language learning

Mon, Jun 1, 2009 (Reuters Health) -- Just spending time in listening range of a television set sharply reduces young children's verbal interaction with adults, new research shows.

Read full article here.

And read this corresponding article too.

Wohooo… itulah yang berlaku kat rumah saya sepanjang hampir 3 bulan ni dan 3 bulan lepas di nursery. Memang waktu siang kebanyakan masa tv akan terpasang kat rumah saya. Sebab bibik kali ni tak pandai nak mengajar anak-anak saya atau pun bacakan buku atau pun main dengan mereka macam pembantu yang dulu.

Setiap pagi, saya akan setkan siap-siap channel 613. Bibik ni tak pandai guna remote *dan saya memang tak mau dia tau pun, nanti dia yang seronok tengok cerita indon*. Tak tahulah berapa lama tv terpasang tiap hari tapi rasanya, Disney Channel tu okla jugak ceritanya kan? Dulu masa belum langgan cartoon channel, cuma ada Ceria je. Hui… bahaya sungguh sebab ada cerita Ultraman kat situ. Saya tak rela anak saya tengok cerita Ultraman sebab mesti dia tiru punyalah aksi-aksi Ultraman melawan raksasa tu.

Tapi, walaupun kajian dah dibuat tentang kesan tv terutamanya pada anak bawah 2 tahun, kita tak perlu gusar sebenarnya. Dalam artikel kedua tu pun dah diberikan panduan macammana cara yang sihat untuk bagi anak-anak tonton tv.

Macam kes saya, Muqry memang dah petah bercakap dan Nuryn dalam usia setahun 10 bulan ni, banyak juga perkataan yang dia tahu dan ayat yang dia dah boleh buat. Muqry dulu agak lambat sikit. 2 tahun baru dapat buat ayat 3 patah perkataan. Antaranya yang Nuryn dah pandai tanya/sebut:

“Ibu, masak telur ke?”

“Abah work ke?”

“Ibu, ultraman buat adik” (dia merujuk Muqry sebagai ultraman bila Muqry tumbuk dia. Ha… sebab tulah saya anti Ultraman)

“Ibu, adik nak berak” (tapi dah melepas kat dalam diaper).

Apa yang saya buat, rajin bercakap ngan dia, bacakan buku cerita. Dan kalau kami tengok tv sama-sama, saya akan huraikan apa ditunjukkan dalam cerita tu. Tapi, biasanya Muqry yang tanya lebih dulu. Sampai kadang-kadang letih nak jawab. Satu lagi pemangkin pada pendapat saya, ialah Muqry sendiri. Nuryn banyak belajar ngan Muqry. Sama je dua beradik tu cakap. Muqry kalau dia tak habis makan sesuatu, dia akan bagi alasan makanan tu dah tak elok. Baru-baru ni Nuryn pun sama. Dia tak habis makan biskut dan datang kat saya sambil kata, “Ibu, tak nak. Dah tak elok”. Hmm… anak-anak….

5 comments:

Mama Adib said...

wah ku pun dok terfikir, ada maid nanti, tv kat umh ku nat set 613 jer, sgala cerita indon ku nak lock muah muah muah

eh chop ku ni betul ke nak pakai maid hu hu hu

kita said...

tom2 bak cerita kegemaran si kecik
asal keluar aznil tak kiralah tom2bak ke apa ke secara auto menari tergedik2..
itu bagus ke tak? hehe
okla adalah gaya2 ppuan ..kalau tidak bergusti dgn papa je kejanya..

me_czar said...

Mama Adib:
Satu ketika maid saya pernah tanya "sini dpt siaran jambi?".
Saya jawab soalan dia dengan soalan juga "kenapa, nak tengok?!"
Ada hati tuuu...

Kita:
Hmm... Aznil yer? Okla tu kot..

chilun @ cik pau @ bibimie said...

anak i yg #2 cuma cakap sepatah2 jerk. lom pandai lagi buat ayat. abangnya dulu umur 1t4bln dah bersembang2 mcm orang tua. tak larat nak layan. mmg kelakuan abang beri impak besar pada adiknya. apa saja abang buat mesti adik nak buat jugak. kalau abang melasak adik plak terlebih lasak dari abang... cemana tu?

me_czar said...

Bukan setakat kelakuan abang, kita ni sebagai ibu bapa pun kena tunjuk perangai elok kan. Kalau tak mesti anak-anak tiru punyalah.

Setiap anak tu berbeza. Tak boleh nak jangka.

NEF sihat ker? How's u'r pregnancy?

Related Posts with Thumbnails