26 June, 2009

Nuryn & potty training

Isnin ni Nuryn genap 1 tahun 10 bulan. Dah pandai cakap macam-macam. Bergaya pun pandai. Suka menyanyi sambil joget-joget. Dah boleh ikut saya & Muqry nyanyi alif ba ta, ABC, twinkle twinkle little stars, 123, one two three & beberapa lagu lain. Baru-baru ni dah pandai beritahu nak pee dan poo.

Bangun tidur tadi pun dia sibuk suruh bukak cd sbb nak pee kat toilet. Jadi, lepas bangun tadi saya terus tak pakaikan cd. Pesan kat bibik tanya dia tiap sejam kalau-kalau dia nak pee. Jap tadi saya call bibik, bibik kata Nuryn dah terlepas kat seluar. Padahal bibik baru je tanya & dia kata tak nak pee. Jadinya bibik pakaikan cd semula. Saya akan cuba lagi hujung minggu ni. Baru puas hati saya boleh monitor sendiri.

Tak lama lagi cd-cd tu bakal jadi penghuni almari sajalah. Tunggu baby baru yang tak tahu bila jadinya ;p Ke jual jer? Boleh beli cd lain untuk next baby. Haha… itu alasan nak beli baru sebenarnya.

No comments:

Related Posts with Thumbnails