04 June, 2009

Saya perlu bercuti

Isnin

Saya cuti separuh hari sebelah pagi kerana menghantar bapa mertua ke KLIA untuk mengerjakan umrah. Malam tu saya hanya sempat tidur 3 jam setengah kerana perlu bangun awal pagi untuk pastikan kami tak sampai lewat ke KLIA.

Pulang dari pejabat juga agak lewat dan tak terus pulang ke rumah. Sebaliknya, keluar makan beramai-ramai dengan keluarga suami.

Selasa

Ada tender yang perlu dihantar pada hari Khamis dan saya menjadi bidan terjun untuk compile beberapa dokumen untuk submission. Pulang sendiri jam 9 kerana Hubby tak dapat jemput di pejabat.

Anak-anak masih belum tidur ketika saya sampai di rumah. Seperti biasa, Nuryn minta bf sebelum saya sempat mandi pun. Muqry masih belum mahu tidur walaupun saya sendiri dah tertidur bersama Nuryn. Muqry minta saya bacakan buku untuknya. Saya katakan pada Muqry yang dia perlu tidur selepas saya habis bacakan 1 buku (dah tak larat saya nak baca semua yang dia minta). Hampir pukul 12 tengah malam baru akhirnya Muqry setuju untuk naik ke bilik tidur.

Rabu

Kerja tak akan selesai selagi tender tak dihantar. Masih sibuk dengan tender tersebut. Terpaksa kerja hingga tengah malam. Badan letih, otak penat dan jiwa melarat.

Sampai rumah hampir pukul 1 pagi. Tak sempat main dengan anak-anak sebab keduanya dah enak dibuai mimpi. Saya pun tak tunggu masa yang lama untuk tidur. Pukul 4 pagi saya terjaga sebab Muqry perlu ke tandas. Selepas buatkan susu Muqry, Nuryn pulak terjaga. Dah puas bf, mintak didokong pula. Dah puas dokong, merengek-rengek pulak nak tukar diaper. “Gatal” katanya. Rupanya Nuryn pun nak pee di tandas juga. Belum lama rasanya saya tidur semula, alarm dah berbunyi. Tak larat nak bangun, saya off kan saja. Lagipun “cuti” tak perlu nak kejar waktu Subuh.

Khamis

Akhirnya saya terjaga jam 7.30 pagi. Itupun berat rasanya kepala nak bangun.

Sampai pejabat jam 8.46 pagi. Maknanya merah lah punch card saya hari ni. Sejam tadi dah selamat hantar tender. Kami yang kerja sampai tengah malam tadi beranganla kalau-kalau diberi cuti separuh hari. Nampak gaya, sehingga sekarang tak ada dengar berita apa pun. Cuti yang kami angankan tapi realitinya, ada 2 lagi tender akan menyusul petang nanti. Aduh… rasa macam nak rebah pun ada. GM personally maklumkan saya tadi. Mungkin sebab dia tengok muka saya yang paling teruk sekali. Mana tak nya... ada ‘drama’ sikit malam tadi.

Saya harap saya tak perlu menghabiskan sebahagian hari lagi di pejabat ni. Saya nak cuti!

3 comments:

kita said...

sabar..
kita di sini mendengar jiwa melarat tue
mcm biasa bila kita perlukan , ko sellau ada... vice versa
cuma sorry malam tadi betul2 gila buat taik mata
dalam aircon dgn ubatnya
wah nyenyak betul tdo
kalau tak sbb msg ko , isyak pun lepas

apa gunanya sahabat?
bukan sekali dua kita berkongsi rasakan?

mirah said...

jangan lupa rehat ya. Kekadang bila tengah 'cuti' lagilah minda dan akal bercelaru sbb tak dapat nak beribadat seperti biasa. Moga dipermudahkan urusan. Btw saya cuti esok, maka jom lah kita cuti! :)

Mirah pun hntr makabah dan keluarga pergi umrah isnin lepas. Pakej rayhal ke apa. Tak perasan pulak yea kita..

me_czar said...

Kita : Thanks for being there. Sob.. sob..

Mirah : Tak dapat nak tidur pun. Anak2 nampak saya balik. Padahal dh pesan ngan bibik sorok diaorg jap kat dapur. Baru dapat tidur tak sampai setengah jam.
Pakej tu pakai beg purple kalau tak silap kan? FIL gi ngan POTO.

Related Posts with Thumbnails