29 June, 2009

Semangat baru

Pagi tadi kami bermesyuarat untuk koordinasi satu projek baru. Memang satu cabaran besar untuk kami siapkan projek ni. Profit margin pun boleh tahan juga.

Wah wah wah... Chairman bercakap pasal incentive bagai. Bila nampak RM dalam kepala, tiba-tiba semangat naik mencanak-canak. Haha.. memanglah saya ni mata duitan!

Harap-harap apa diwar-warkan tadi, ditunaikan bila tiba masanya. Nampaknya saya pun kena letak lebih perhatian pada projek ni. Kena kurangkan aktiviti-aktiviti blogging yang tak sepatutnya.

Malu saya nak mengaku… tapi itulah hakikatnya.. Perhatian saya banyak tersasar kebelakangan ni, semenjak kami tak banyak on-going project dan cuma sesekali hantar tender. Setakat Final Account yang perlu diselesaikan dalam masa 3 bulan dari tarikh CPC, tak rush sangat. Tak ada inisiatif pun nak tutup akaun awal. Huhu.. Seronoknya kalau dapat tumpukan perhatian dan niat bekerja ni hanya pada satu tujuan… kerana DIA.

Jarang sungguh saya rasa begitu bersemangat di hari Isnin. Harap-harap semangat ni bertahan sampai petang nanti. Dengarnya ada satu lagi mesyuarat jam 3 nanti (tapi, kalau asyik mesyuarat jer, sampai ke sudah kerja tak siap-siap. Hahaha!).

1 comment:

nonnie78 said...

Apa saja yg dilakukan dengan niat kerana Allah selalunya akan mendpt balasan yg setimpal.
Bukan ko sorang je yg byk terpesong, aku ni ari2 keje memesongkan fikiran ke arah laman web2 yg byk di skrin monitor ni. Kekadang rasa tang mana halalnya duit gaji tp susah nk singkir habit ni. Insya Allah sedang ajar diri cuma boleh pakai waktu lunch je.. sentiasa doa utk diri sendiri.

Related Posts with Thumbnails