16 June, 2009

Sungai Buloh

Saya diarahkan untuk menghadiri Taklimat Tender esok di Sungai Buloh. Memandu + bersendirian.

Ini kerja gila okeh. Saya pernah pergi sampai ke Airport lama tu. Tapi, serius saya memang lemah bab nak mengingat jalan nih. Kalau dulu-dulu saya kena gi memana, sebolehnya saya akan cuba dulu pergi tempat tu sebelum hari sebenar.

Masalahnya Sungai Buloh ni, too short notice. Dah cari tunjuk arah di google maps tadi. Tapi tak tahulah camne esok.

Mana nak memandu, mana nak tengok peta lagi. Arghh… tensi gini.


Saya dah paksa pujuk Hubby tolong teman *macamlah company tu dia yang punya. Suka suki soh teman saya. Huhu…*.

Tapi, Hubby tak dapat bagi kata putus lagi. Kalau kena gi sorang, janganlah saya sesat barat esok. Saya akan pastikan saya keluar 2 jam *poyo* awal supaya kalau sesat, ada masa lagi nak cari sampai jumpa.

1 comment:

mirah said...

myza, moga selamat sampai tu. Mirah mmg fail jalan kat kl nih. Setakat serdang je lulus. heheh..

Related Posts with Thumbnails