03 July, 2009

30 soalan

Walaupun tak bosan mana, saya cilok juga tag ni dari M-I-O.

1. Bekas kekasih saya - tak pernah wujud istilah ‘bekas’ sebab chenta hati saya semenjak saya berumur 16 tahun telah menjadi suami saya sekarang

2. Saya sedang mendengar perbualan dua Ah So di sebelah saya ni

3. Mungkin saya patut suruh diaorang cakap perlahan sikit sbb ini bukan pasar okeh

4. Saya suka menyanyi dengan anak-anak saya

5. Sahabat-sahabat saya ialah mereka yang telah bersama saya susah dan senang selama berbelas tahun

6. Saya tak faham macam mana seorang wanita dengan anak kecil boleh kerja di pejabat sehingga malam setiap hari

7. Saya kehilangan kad pengenalan untuk pertama kali selepas bag saya diragut di Leisure Mall, Cheras

8. Ramai yang berkata “tak sangka, kawen jugak korang ya”. Merujuk kepada saya dan Hubby, couple perasan hangat di TIKL tahun 1996 dulu *owh.. harus saya blogkan pasal ni juga*

9. Cinta itu adalah DIA

10. Di suatu tempat, seseorang sedang menggunting cili kering; iaitu maid saya

11. Saya akan cuba menurunkan berat badan *wahai kawan-kawan di alam realiti, adakah saya memang dah gemuk??*

12. Perkataan SELAMANYA membawa maksud sampai Syurga

13. Telefon bimbit saya iaitu hadiah birthday ke 25 yang diberi oleh suami, telah saya hilangkan kerana kecuaian saya sendiri

14. Bila saya terjaga awal pagi tadi, seluar saya basah sbb Muqry yang tidur sebelah saya terkencing malam. Adoi.. tension mak.

15. Saya paling meluat bila maid saya buat muka blur

16. Pesta/parti adalah tempat saya bersosial *sosial lah sangattt*

17. Haiwan yang paling comel pernah saya temui ialah seekor kucing di PAWS, Subang. Tapi tak dapat nak adopt masa tu, kena tunggu 3 bulan lagi

19. Hari ini saya telah lambat 5 minit untuk lunch sbb dok buat tag ini

20. Malam ini saya akan gantikan apa yang sepatutnya saya buat malam tadi. *Apsal sengih? Saya cuma nak menjahit jer*

21. Esok pula saya akan bawa Muqry ke Playschool

22. Saya betul-betul inginkan duit berkoyan-koyan

23. Ketika saya lihat wajah saya di hadapan cermin pagi ini saya hanya memikirkan merah tak punch card saya nanti

24. Pusat membeli-belah atau arked permainan menjadi pilihan terakhir untuk bawa anak-anak jalan. Sebab Muqry & Nuryn dah pandai meminta & kadang kala meraung bila tak dapat apa yang diaorang nak

25. Makanan Barat atau Jepun? Barat

26. Bilik yang terang atau gelap? Ada ketikanya terang tapi kebanyakan masa, gelap lebih baik

27. Makanan segera adalah makanan time “kaya”

28. Ayat terakhir yang anda telah katakan pada seseorang “if you want me to invite her to lunch as a ‘bribe’ so that we can dig out all the information, sorry, I can’t do it”

29. Lepas ini saya akan pergi tapau nasi dan makan sambil buat “kerja itu” dengan Spectra 3

30. Siapa yang anda ingin tag - sesiapa saja yang rasa nak menghiburkan diri sendiri cubalah. Seronok juga buat tag ni

2 comments:

nonnie78 said...

aku nak ambik ye... bestnya....!!!! tag tanpa gambar ni memang faberet aku ni.. hahhaha..

me_czar said...

amek, jangan tak amek
(sila nyanyi macam lagu Kumpulan Spider ya)

Related Posts with Thumbnails