22 July, 2009

Akhirnya dapat jumpa matahari...

Ya… seronoknya saya dapat jumpa matahari petang, balik kerja semalam. Serius, macam teruja bila saya nampak ada sinar matahari. Selalunya bila saya balik, matahari dah menyorok balik awan walaupun hari belum gelap. Kelmarin saya balik pukul 8 malam, jadi semalam saya rasa nak balik cepat. Lagipun malam tu pun tak cukup tidur sampai lupa gosok gigi mandi pagi. Kalau ikutkan kerja, memang tak kan habis punya. Buat bodoh jer, 6.20 ptg angkat beg. Kebetulan semalam saya drive, memang tak hengat punya sesak sepanjang Jalan Tun Razak nih. Tapi, sungguhpun jalan sesak camtu, boleh pulak saya sampai umah pukul 7.10 ptg.

By the time sampai je umah, tak tau lah nak gambarkan camne perasaan tu. Macam seronok sangat sbb hari belum gelap macam selalu. Bahagia betul rasa dapat sampai rumah awal.

Hehe… rasanya kawan-kawan dah dapat agak motif entry ni. Ya… hari ni pun saya nak buat tak tau, nak angkat beg macam semalam. Yang pasti nak cabut lagi cepat hari ni.

No comments:

Related Posts with Thumbnails