28 July, 2009

Amacam?


Ini gambar Muqry ketika sambutan hari lahirnya yang ke 3 pada 24 Julai 2009.

Dan di bawah ni gambar terkini, yang saya ambil pagi tadi.

.

.

.

.

Wargh wargh wargh.. Padan muka kau kutu! Nyah kau dari kepala anakku. Operasi membotakkan kepala Muqry dijalankan Sabtu lepas. Meraung tak hengat punya. Padahal masa kecik-kecik dulu selalu je kami botakkan kepala Muqry ni guna mesin ketam rambut.

Lagi satu, memangla Muqry ni anak My.za. Setiap kali rambut tu jatuh kat badan dia, dia menjerit-jerit histeria. Tu belum rambut termasuk mulut. Meludah-ludah dia. Kahkahkah.

Lepas dah licin kepala Muqry, saya buat operasi pembersihan sekali lagi. Jumpalah sebiji dua telur kutu yang betul-betul kat pangkal rambut. Yang lain-lain dah selamat terbuang dengan rambut yang dipotong tu. Memang banyak lagi telurnya kalau ikutkan. Tapi tak tau la hidup lagi ke tak sbb malam Jumaat tu saya dah lumur syampoo kutu kat kepala Muqry & Nuryn. Harap-harap tak ada lagi kutu. Sebenarnya kat rambut Nuryn pun saya jumpa juga beberapa biji telur kutu. Tapi ibu tak ada pulak. Mungkin dah mati kot kena syampoo.

2 comments:

~IZZAH~ said...

oooo hensem ye anak teruna akak...

me_czar said...

Hehe... syukur Alhamdulillah.. Kurniaan Allah

Related Posts with Thumbnails