21 July, 2009

Buang tebiat gaknyer

Saya terjaga pukul 1.30 pagi tadi sebab Muqry nak ke toilet. Lepas tu langsung tak boleh nak tidur... Not to mentioned others, saya ended up dengan susun balik buku kat rak buku, kemas work place (maklumlah bulan depan dah puasa, acara jahit baju raya nak kena mula) dan menyental lantai bilik air. Haha.. apa kes pagi2 buta basuh bilik air?? My maid did a lousy job and I HATE her for that. Harus kena potong gaji dia nih.

Habis cuci bilik air tengok jam... hah! dah pukul 5??? Nanti, dalam perjalanan nak ke pejabat, tidur dalam keretalah gamaknya.

Cakap pasal basuh bilik air... saya sebenarnya ada penyakit geli kat rambut. Itu tak termasuk rambut sendiri kat kepala. Eh.. dan rambut kat kepala orang lain jugak. Rambut yang saya geli di sini ialah rambut basah dalam bilik air. Bila saya cuci bilik air, saya seboleh-bolehnya buat2 tak nampak rambut yang ada tu. Mujur skang rambut saya tak banyak gugur nak compare dengan masa mula-mula bersalinkan Nuryn dulu. Tapi, kalau mandi adalah jugak terbang selai dua. Masa kecik-kecik dulu, saya pernah termuntah dalam bilik air sebab masa mandi rambut sendiri gugur dan terlekat kat tangan.

Hahaha... Rasanya punca saya geli rambut ni sbb masa kecik saya pernah tengok kat TV, ada budak ni hobi dia makan rambut. Betul.... percayalah. Uwekkk... saya dah mula loya. Majalah 3 kot... ntah. Serius, budak ni selamba ke cabut rambut dia dan makan. Lepas tu kalau tak silap macam ada tunjuk gumpalan rambut tu dalam perut dia. Tu saya ingat2 lupa. Tapi, camne gaya budak tu duduk sambil cabut rambut, saya boleh ingat lagi. Memang sampai botakla kepala dia. Ewww... dahla tu, nanti ada yang tak lalu makan pulak.

Eh, tapi tadi saya selamba je buang rambut basah tau dan tak de nak termuntah macam biasa. Mungkin saya dah boleh atasi perasaan geli tu kot.

4 comments:

Salwa said...

wah meczar
superwoman nih
tgh2 pagi buta cuci toilet
well what can i say
ni satu lagi sama dgn sy
sy geli rambut yg kat tpilet yg berkumpul2 tu
sampai skrg sy tak pernah sentuh
seumur hidup
huhu
lagipun sy jarang cuci toilet
dulu ada daily maid, hari2 dia cuci toilet
skrg ni sy just spray kan clorox pd seluruh toilet dan tggu esok pagi tgk2 dah bersih licin
kalu nak berus2 egala selalu mmg en hubby yg willing buat

nonnie78 said...

salam.

alah bisa tegal biasa... tak lama lagi ok lah tu.. tak buang tebiat laaa... ku pun dulu2 tak suka basuh rambut sbb kena kutip rambut yang bertabur kat lantai bilik mandi. dalam kepala hotak dok pikir dah bercampuq ngan a**q k3**1*6 la apa lah.. maaf... aku mmg tak penah mandi ada rambut kat lantai sebab each time rasa ada melekat kat badan, straight awat amik dan gumpal boh tang tempat lain, keluaq bilik air angkut pi buang.. tp bkn suma org sama cam kita... tu belum pi mkn kedai dok jumpa rambut dalam makanan.. slalu mood baik aku assume tuanpunya rambut tu syampu rambut pagi tadi.. boleh gitu??

nonnie78 said...

"ku pun dulu2 tak suka basuh rambut.."

oppss.. salah.. tak suka basuh bilik mandi... tak basuh rambut pe citer lak kang.. hahahha...

me_czar said...

Salwa :
Bukan superwoman la.. Setahun sekali je buat perangai camtu. Ha ah la.. banyak pulak yang kita sama kan? Saya dulu-dulu setakat basuh bilik air, rambut tu tak kuasa saya nak kutip (walaupun rambut saya, hahaha). Skang okeh sikit. Tapi guna tisu banyak2. Aci tak?

Nonnie :
Ewww.. janganlah cakap pasal rambut dalam makanan.. geli mak.
Ada sekali gi wedding dinner anak boss kat Renaissance... ada rambut dalam desert. Saya terus mintak tukar dengan wat muka tak puas hati giler

Related Posts with Thumbnails