06 July, 2009

Couple terhangat

Takde la hangat mana pun.

Ini kisah saya dan kekasih hati (iaitu Mr. Hubby skang ya) semasa asyik masyuk berchenta di TIKL tahun 1996 dulu. Hangat tak hangat nya kami, pernah sekali dipanggil ke bilik Guru Penolong Kanan HEM, beberapa kali kena brain washed dengan cikgu kaunseling dan ntah berapa kali kena panggil dengan warden.

Semua tu bukan sbb kami ni pelajar bermasalah tau. Budak perasan baik nih. Tak de maknanya nak dating. Dah sah-sahla kami ni sekelas. Siang, malam, pagi, petang kami boleh jumpa waktu sekolah dan juga prep petang & malam. Tak puas jumpa lagi tak tau la. Masa tu, surat je la jadi penghubung. Kalau tak surat pun, ada je lah nota pendek. Bila kat kelas, I pandang U, U pandang I. Dari mata turun ke hati lalu hati berbunga ria. Ececehh.... ;P

Tapi kan, saya rasa kenapa cikgu suka sangat perhati kami atas sebab siapa kami sebenarnya... Kami sama-sama Pengawas Sekolah. Lepas tu chenta hati saya tu hmm... erk.. ahli Persatuan Pelajar Islam pulak (PPI couple??!! memang cari nahas!). Selain daripada tu, kami juga dalam kumpulan Pelajar Dinamik (bosan, sbb kebanyakannya skema. Erk.. tak semua, ko terkecuali).

Bagi saya, hubungan kami adalah sesuatu yang sihat untuk kami buat masa tu. Saya pernah dapat C5 untuk subjek Matematik masa periksa penggal pertama. Lepas declare, saya rasa tercabar kalau tak pandai macam si dia. Masa periksa penggal akhir, keputusan Matematik saya naik dari C5 kepada A1. Saya juga dapat 93 markah untuk Lukisan Kejuruteraan. Sepupu saya yang jadi cikgu berpendapat, kebanyakan pelajar perempuan dan LK ni diibaratkan budak perempuan dan bola sepakla kiranya. Tak match. Susah betul nak faham (tapikan, skang ada je perempuan main bolak sepak. Hehe.. abaikan jelah perumpamaan tu). Saya pun lembab sket LK ni sebenarnya.

Saya bukanlah pelajar cemerlang masa di sekolah lama, tapi di TIKL, saya berjaya memaksimakan keupayaan saya. Semuanya kerana dia. Kedudukan kami dalam kelas antara no. 2 dan 3. Ha... gilir-gilir lah siapa. Kalau saya no. 3, si dialah yang no. 2 begitulah sebaliknya. Owh.. ada sekali masa ujian awal tahun Tingkatan 5, si dia dapat no. 5 sbb M-I-O dengan ganasnya dah rampas tahta no. 3. Ahaks... (masihkah kau ingat??). No. 1? Tak yahla diingat. Wat panas hati jer. Susah betul nak challenge dia.

Ketika itu, saya dapat buktikan yang pelajaran saya tidak terjejas (tapi tak dinafikan, mungkin boleh lebih baik) sbb saya jadikan si dia sebagai pembakar semangat. Menurut si dia, ketika dia suarakan hati dia... dia yakin yang sayalah yang dia mahu untuk jadi ibu kepada anak-anak dia.

Saya sangat hargai nasihat cikgu-cikgu yang mungkin risau kami mempersiakan konon potensi kami. Tapi Alhamdulillah keputusan SPM, saya menang lagi dengan 9 aggregat dan si dia lebih 1 dari saya.

Eh..eh.. saya cerita ni bukan nak membangga diri. Cuma teringat kisah zaman berhingus dulu, glamour mak nyah! Tak dinafikan perjalanan hidup kami memang ada pasang surutnya. Kekadang di atas, kekadang jatuh melepuk ke bawah. Camtu jugak hubungan kami ni. Tapi bak kata orang, itulah namanya jodoh...

Owh.. sampai sekarang saya tertanya, siapa agaknya tali barut yang kemas kini senarai couple pada cikgu ya?? Gi-pang betul!

3 comments:

mirah said...

heheh cerita myza buatkan mirah terkenang kisah lama.
Cayalah berjaya kekalkan cinta dari sekolah tu..

me_czar said...

Mirah :
Jodoh namanya... Sebenarnya bukan saya jer. Ada jugak beberapa couple lain yang kuat jodoh diaorang

The 9th said...

Mcm2 kisah cinta di TiKL. Saya batch 94/95. Pun dilanda cinta pertama kt Tikl. Senyum...

Related Posts with Thumbnails