07 July, 2009

Crush

Baca entry Pn. Yokoyopoyo pasal crush nih, wat saya teringat kisah saya dulu-dulu (eh.. lately banyak pulak mengimbau kenangan silam ek).

Harap-harap Hubby tak cemburu lah ye sebab crush ni berlaku ketika usia saya… hm.. malu pulak nak sebut. Erk.. 8 tahun! Kahkahkah. Eh, rasanya dah ceritalah kan, bang?

Saya ni masa darjah 1 dan 2, sekolah kat girl’s school tau. Sekolah Rendah (P) Pudu 2, Jalan Foss. Masa tu memang dah pindah kat Serdang, tapi tiap-tiap hari berulang gi KL. Sementara nak ke sekolah sebelah petang, duduk rumah pengasuh kat Berek Balai Polis Pudu.

Nampak budak lelaki yang handsome sikit mulalah cam jakun angau. Budak lelaki yang saya minat ni, Amir namanya tinggal kat flat bertentangan dengan flat pengasuh. Kiranya dapur pengasuh bertemu dengan depan rumah dia. Kami ni memang sekolah tak sama lah kan. Jadinya, saya pun dapat idea bernas supaya camne saya boleh terjumpa dengan budak nih masa nak gi sekolah.

Rumah dia kat tingkat 5 dan rumah pengasuh saya kat tingkat 4. Saya akan siapkan beg semua untuk gi sekolah dan tengok Amir ni dari dapur. Bila saya nampak je dia dah keluar pakai kasut, saya pun cepat-cepat sarung kasut saya, berlari turun tangga. Sebab rumah dia lebih 1 tingkat, by the time saya sampai kat bawah rumah dia, dia pun sampai. Dapatlah saya jumpa dia. Pandaikan saya?

Lawak betul bila ingatkan sekarang. Baru sekolah darjah 2, sifir pun tak hafal (ntah, saya agak je lar) dan pandai-pandai nak minat orang.

5 comments:

yOkOyOpOyO said...

hahahah amboiii, advance sungguhh.. hubbyku punya cerita, bukan kata umur lapan tahun, tadika tak lagi bleh nak berchenta tepi pagar ngan awek sebelah rumah.. hadoiiiiii...

chilun @ cik pau @ bibimie said...

haha... masa kekecik dulu umur 8 tahun jugak kot.. ada minat kat klasmet. sampai ada orang perasan... ehh.. ko suka dia ker? dia amik buku apa ko mesti amik buku yang sama... wakaka... tak ingat jawab apa.

lia said...

ada org tersipu2 malu kenang zaman kanak2 gatai dulu2 ha3...

me_czar said...

Shaza :
Amboi, hebat betul Hubby mu

Bie :
Itula.. jangan kata budak kecik tak de perasaan tau :p

Lia :
Apa pulak gatai. Cuma naluri untuk disukai & menyukai. Ahaks

nonnie78 said...

wakakakakakkakakakakaka.... korang ni lawak lah..... ku pernah ker??? ada!!!!!! rahsia!!!!

Related Posts with Thumbnails