31 July, 2009

Kuarantin lagi....

Pagi tadi saya gi kerja macam biasa. Tapi tak terus naik ke pejabat sebab HR dah pesan, gi klinik panel dulu. Melepaklah kat kedai mamak sambil tunggu klinik bukak. Selain saya, ada 2 lagi yang kuarantin sama-sama 2 hari lepas.

Doktor check saya tadi... rupanya saya ada slight fever. Tak tinggi mana pun.. 37.4 darjah celcius jer. Tekak normal dan saya pun rasa sihat macam biasa. Tapi, bila suhu naik sikit, saya cuak jugak. Doktor pun tak boleh nak confirm apa-apa. Kena tunggu lagi 3 hari ni. 2 orang lagi, tak de demam pun. Cuma seorang tekak merah sikit.

Jadi, sekarang saya di rumah... kena kuarantin lagi 3 hari (termasuk Sabtu & Ahad). Maknanya tak de lah aktiviti jalan-jalan hujung minggu nih.

No comments:

Related Posts with Thumbnails