03 July, 2009

Perihal nama anak

Saya disahkan hamil selepas 3 bulan bergelar isteri. Ingat lagi masa tu, tiap kali period sedih, siap nangis2. Hehe.. ada sekali tu masa period 24 Oktober 2005, siap tak de mood nak gi kerja. Langsung amek mc. Rupanya itulah period terakhir saya tau. Eh, melalut pulak… nak cerita pasal nama sebenarnya ni.

Tak ingat minggu ke berapa, tapi bila dah tau yang kat dalam tu ada bird dan bukan flower, pencarian nama pun bermula. Disebabkan anak akan warisi nama “Raja” ikut abahnya, saya pun tak nak kalah… Nak cari nama yang ada huruf “i” supaya boleh diganti dengan huruf “y”. Ngeh ngeh ngeh.

Ok.. dah tau nama camne nak cari.. tapi pangkal hurufnya apa pulak? Pening punya pening, kami sepakat.. cari nama yang mula dengan A dan M. Sebabnya, pangkal huruf untuk nama panggilan kami suami isteri. Akhirnya dapatlah nama Raja Ammar Muqry. Ammar bermaksud “yang memakmurkan, yang kuat iman”. Manakala Muqry tu bermaksud “ahli ibadat”. Sejujurnya nak pilih nama anak lelaki sulung saya ni, tak susah mana. Pertama kali nampak nama Muqri hati terus terpaut. Ececeh.. Lepas tu pilihan nama yang mula dari huruf A pun banyak. Kiranya nama Ammar Muqry tu sayalah yang pilih. Hubby setuju aja.

Cabaran sebenar *poyo* bila tau saya mengandungkan anak perempuan untuk kehamilan kedua. Adakah nak cari pangkal “A” dan “M” juga? Huruf “Y” tu mesti nak letak. Lepastu Hubby pulak confuse. Nak kekal letak “Raja” atau tukar “Puteri”? Haha.. nak pilih nama anak pun boleh serabut. Untuk nama pertama saya ingat nak letak Alya. Tapi nama kedua yang mula dengan huruf M tu susah okeh. Memang banyak nama perempuan mula dengan huruf “M” tapi kebanyakannya 3 suku kata. Panjang la pulak nanti.

Saya mengalah. Tak payahlah cari nama yang mula dengan “A” dan “M”. Lagipun Alya tu nama sepupu Hubby rupanya. Belek punya belek, ternampak pulak nama Nurin. Okeh.. macam best. Cari pulak pasangannya. Adoi.. huruf apa nak pilih ni. Akhirnya saya rasa padanan Nuryn Hannah macam sedap. Maksudnya “cahaya kasih sayang”. Tapi Hubby tak bagi kata putus. Tak lama lepas saya buat keputusan nak namakan anak Nuryn Hannah, keluar pulak berita tentang kehilangan (arwah) adik Nurin. Alamak.. glamour pulak nama Nuryn. Nak ke tak nak ni?

Sampai akhirnya saya bersalin, kami tak ada keputusan lagi nak letak nama apa. Ingat lagi masa dalam wad lepas beberapa jam lahirkan Nuryn, saya tanya Hubby “nama apa nak letak ni bang, tak kisah ke nama Nuryn tu. Ke nak letak nama lain?”. Dan akhirnya saya dah beri kuasa mutlak pada Hubby cari nama anak kami. Kalau tak kerana keletihan mene.ran si montel tu, jangan harapla saya nak soh Hubby yang cari nama *kejam tak?*. Dengan berpandukan Buku Nama-nama Islam, akhirnya suami pilih nama Raja Syaza Nuryn untuk anak perempuan kami yang membawa maksud “keharuman cahaya”. Ok jugak pilihan Hubby kan?

No comments:

Related Posts with Thumbnails