11 July, 2009

Surprise

Saya suka kejutan! Semalam kami telah mengejutkan Hubby dengan sambutan hari lahirnya. Sebenarnya awal 15 minit. Tapi, tak kisahlah kan... janji kejutan tu menjadi.

Balik dari kerja semalam, Muqry asyiklah menyanyi "happy birthday to you". Bibik kata, seharian dia dok nyanyi lagi tu. Eh.. macam tau-tau lak Muqry kami nak sambut birthday Abah dia malam nih. Tapi Hubby tak suspect pape pun.

Seperti biasa hari Jumaat ialah hari untuk kami kawan-kawan berkumpul. Kawan-kawan rapat masa sekolah di TIKL dulu; AK, APY & ER. Almost every Friday, tanpa jemu okeh.

Lepas makan-makan Dominos, kawan-kawan pura-pura nak balik. Dah pukul 11 malam masa tu. Kami pun bersalaman, lambai-lambai tangan, peluk cium bagai.

Anak-anak memang dah mengantuk, Hubby pun soh saya bawak diaorang naik sementara Hubby masih kat bawah. Saya punyalah berharap anak-anak tak tertidur. Nanti tak dapat sama-sama nyanyi 'happy birthday'. Masa kat atas saya roger-roger tanya AK camne plan seterusnya. Diaorang dh ready nak patah balik umah saya. Tak jadi nak tunggu sampai kol 12 sebab kesian pulak kat budak-budak.

Saya bagitau Muqry dan Nuryn, jangan tidur dulu sbb Aunty AK nak datang rumah kita bawak kek, nak nyanyi 'happy birthday'. Diaorang sama excited. Muqry dah siap nyanyi. Bila saya kata jangan nyanyi & cakap kuat-kuat, pandai pulak dia berbisik jer. Lepas tu sungguh-sungguh nak mengintai kat tingkap.

Sebaik saja kawan-kawan dah masuk ke perkarangan rumah saya tanpa Hubby sedari (dengan cheese brownies yang dah dinyalakan lilin), kami anak beranak pun turun. Muqry boleh tu cakap "yeay, saya dapat kek". Mujur Hubby masih tak sedar apa berlaku. Bila kawan-kawan ketuk pintu dan Hubby jenguk keluar tingkap, barulah diaorang pakat-pakat nyanyi 'happy birthday'. Hubby tergamam. Nampaknya, kejutan tu menjadi.

Sebenarnya, kejutan tu bukanlah idea saya sepenuhnya. Kawan-kawan yang came out with that brilliant idea. Saya cadang nak buat lain sikit, tapi tak thrill katanya. We're having a good time last night. Owh.. Nasir & wife pun datang juga. Tapi lambat sikit. Ada juga yang tak dapat datang, tapi tak pe..

Kepada Hubby, selamat hari lahir saya ucapkan. May our love be stronger and we'll be together till hereafter.

Boy's rule : Don't you ever look at the camera! I hate that ;p. Nuryn... jangan terpengaruh okeh.

3 comments:

m-i-o said...

hahaha!
tak habis2 dengan posing tak pandang kamera tu. aduyai.

happy belated birthday to ayile :)

lia said...

errkkk TIKL jugak kah? batch m.i.o kah? cenggitu super senior lia ar ni ek?

husband ku adalah senior ku d TIKL he3...

me_czar said...

M-I-O :
Itula pasalnya. Aku ngan AK jer yang poyo

Lia :
Bukan setakat sama batch ngan M-I-O, dia ialah class mate saya. Huhu.. pernah citer pasal dia kat post "sisterhood-award" dan
"couple-terhangat".
Maknanya Hubby Lia junior saya la yer? SPM 98 kan? Nanti nak godek blog Lia kot boleh cam muka dia.

Related Posts with Thumbnails