23 July, 2009

Tadaaaaa...

Dia ialah kek.. bukan roti. Dan pan saya juga terbesar untuk adunan tu. Jadi leper je kek saya. Rasa.. DH kata sedap cuma terlebih manis untuk dia. Cukup moist.

Resepinya :
  1. 1 1/4 cawan tepung
  2. 1 sudu kecil baking soda
  3. 2 biji telur
  4. 1/2 cawan minyak
  5. 2/3 cawan gula
  6. 2 biji pisang masak
  7. Chocolate chips ikut suka
Cara buatnya :
  1. Campur tepung & baking soda
  2. Dalam bekas yang lain, pukul telur. Masukkan minyak, gula & pisang yang dilecek
  3. Campurkan adunan kering dalam adunan basah. Masukkan choc chips.
  4. Bakar dalam loaf pan selama 1 jam

No comments:

Related Posts with Thumbnails