30 July, 2009

Tak menjadi

Wargh wargh wargh rancangan jahat saya pada hari ini ialah.... hantar anak-anak turun bawah macam biasa dan saya nak kuarantin diri sendiri kat atas. Selalunya anak-anak masih tidur bila saya nak pergi kerja. Jadi bibik akan bentang tilam kat bawah dan saya angkut budak-budak turun sebelum saya pergi kerja. Jadi, bila bangun anak-anak tak kan tahu saya ada kat rumah. Diaorang memang tak naik atas waktu siang. Main kat bawah jer.

Cadang-cadangnya hari ni, saya nak mula potong kain tanpa gangguan. Kalau boleh nak siap semua baju sebelum puasa. Tapi, nampaknya rancangan tak menjadi sebab saya tertidur lepas subuh dan baru bangun 8.30 tadi. Hehehe anak-anak bangun awal lah pulak. Bila dah nampak ibu, jangan harapla ibu boleh buat kerja tanpa gangguan. Ni ketika saya menaip ni Muqry tengah merengek-rengek nak duduk kat riba saya. Manja mengalahkan Nuryn...

Macam tu jugalah semalam. Ibu buat susu, ibu yang mandikan, ibu yang bawak gi tandas, ibu teman tengok tv, ibu baca buku, ibu lukis, ibu itu dan ibu ini. Semua tu ok lagi... yang tak boleh tahan, merengek-rengek. Sikit-sikit berjurai air mata. Lepas tu Muqry asyikla menyakat Nuryn. Adoi... camnela ibu nak jadi WAHM ni... tak menjadi semua kerja.

OKla.. nak melayan-layan putera dan puteri raja ni sebelum ada yang berbunyi.

2 comments:

m-i-o said...

kahkahkah!

aku ingat aku sorang je yg tak menjadik keje bila duk umah. apasal ekk, anak aku asik nak melekat dgn aku jek kejenya? siap kalo aku baru angkat bontot gi dapur terus meraung2 macam kena dera. tensi aku.

aku tgk anak orang lain selamba je. tak heran pun ngan mak diorang.

me_czar said...

samalah kita... tak boleh hilang dari pandangan langsung. Baik Muqry atau Nuryn. Tapi Muqry biasanya yang lebih-lebih.
Kalau abah diaorang yang ada kat rumah, tak teruk sangat. Boleh selamba je main kat bawah while abah dok atas. nak makan pun tak de kisah bibik yang suap. dengan aku, hatta nak bukak seluar gi toilet pun tak boleh bibik yang tolong

Related Posts with Thumbnails