16 July, 2009

Tulus dari si kecil...

Perbualan kami 4 beranak pada suatu petang merujuk kepada Hubby yang tidur siang Ahad lepas sehinggakan kami kebosanan kat rumah…

Saya : Adik, abah ni bila kita tidur abah tak tidur. Kan dik?

Nuryn : Ha ah

Saya : Bila kita bangun, abah tak main ngan kita pun (sebab Abah pulak tidur). Kan dik kan?

Nuryn : Ha ah

Muqry : Ish Abah ni, sombong je

Dalam pada Hubby yang terkena sedas dengan Muqry, kami suami isteri gelak tak hengat punya. Tak sangka Muqry boleh cakap cam tu. Tengok… anak kecil pun tahu…

Ni pulak cerita malam tadi…

Saya : Dahla Muqry,jom tidur. Dah gelap ni tak elok baca buku. Nanti mata rosak. Esok Muqry sambung baca

Muqry : Sekejaplah ibu, nanti saya tidurlah

Macam gaya budak besar bercakap. Sekarang dah pandai bahasakan diri ‘saya’. Bila datang mengada, bahasakan diri ‘baby’ pulak sampaikan Nuryn pun dah terikut-ikut. Jadi sekarang kami ada 2 baby, satu baby abang & satu lagi baby kakak.

No..no..no.. panggil kakak bukan sebab tak lama lagi nak dapat adik ya. Saja-saja nak practice. ;p

2 comments:

lia said...

sungguh.... mcm budak besar je muqry... dia simpan jer ayat2 power, pastu skali ckp, terkedu kita kan...

me_czar said...

Memang Lia, kita pun kena berhati-hati bila bercakap. Sbb dalam kita tak sedar, dia memorize skrip kita lepas tu dia pulak yang cakap camtu

Related Posts with Thumbnails