17 August, 2009

32 hari menjelang Raya

Semalam saya dan Hubby gi shopping baju raya kat KL; sekitar Jalan Masjid India & Jakel Kami berdua sahaja. Anak-anak terpaksa tinggalkan kat rumah ngan maid. Dengan keadaan sekarang ni, tak patut kalau saya bawa anak-anak keluar bersesak-sesak. Lagipun memang kami plan nak beli barang secepat yang mungkin. Kalau bawa anak-anak, shopping 2 jam boleh jadi 4 jam akhirnya.

Rasanya persiapan tahun ni tak meriah sangat. Saya tak beli baju pun tahun ni. Eh, pembetulan… beli juga sepasang kain semalam tapi, bukan untuk pakai pagi raya. Sebabnya, ada sepasang kain sutera yang dah setahun simpan saya tak buat-buat baju lagi. Kiranya tema baju pagi raya untuk kami anak beranak ikut baju sutera saya tu lah.

Baju Hubby yang mula sekali dapat. Itu pun susah gak nak cari warna sepadan. Dah dapat baju Hubby, cari baju Muqry pulak. Laaaagi susah okeh nak cari baju budak yang warna maroon. Warna orang tua gaknya, tu yang susah nak dapat. Bila ada warna seakan, saiz pula tak sesuai untuk Muqry. Ala.. sebenarnya, boleh kot jumpa kalau jalan banyak tempat lagi. Tapi, kami macam malas la pulak nak gi jalan-jalan. Sudahnya, beli je 3.5m kain plain untuk buat baju melayu Muqry & Nuryn. Berani tu saya nak jahit baju Muqry sendiri. Ni kira keputusan berani mati nih. Tak pernah sejak pandai menjahit, saya buat baju Melayu. Tapi sebab saya dah pernah buat seluar budak dan baju Muqry cuma setakat leher teluk belanga, saya ala-ala confident je lah. Padahal dah cuak giler, sempat ke nih? Dah sampai kat Jakel, berkenan pulak sepasang kain. Rembat jelah walaupun tak masuk dalam bajet. Sebabnya mak mertua ada belikan kain untuk buat baju boria saya dan Nuryn.

Kiranya, dalam masa 32 hari menjelang raya ni… saya perlu jahit 3 pasang baju kurung dewasa, 2 pasang baju kurung budak dan sepasang baju melayu budak. Hah… biar betul… 3 + 2 + 1?! I must be crazy!


Cerita tambahan : Saya belikan maid sepasang kain baju kurung (bukan untuk raya sebab saya ingat nak belikan je baju siap. Kalau beli kain, satu hal pulak nak jahit/tempah). Nak tau apa dia kata “macam warna orang tua”. Haha.. awak ingat awak muda sangat ker? Ok la tu, ada bunga warna merah hati tau. Bila saya cerita kat Hubby, Hubby panas hati “tak bersyukur”. Ha ah la… terima kasih pun dia tak cakap kat saya, siap komen lagi. Lantak ko ler, bukan mahal pun kain tu.

3 comments:

chilun @ cik pau @ bibimie said...

raya tahun nih pakai tshirt ngan kain batik jerk... huhuu..

nonnie78 said...

myza - samalah theme color kita taun ni.. aku sbb dh buat baju masa kawen kakak last week, so consider baju rayalah.. kalau nk jahit lain, mampus tak berduitlah aku tahun ni.. 5 pasang baju kurung. wakakakkakk... maid ko tu, kan.. cuba ko cili sikit mulut dia.. dia igt kalau kt kg dia dpt ker baju tu suma..

bibimie - mu dalam pantang ek??? selamat rendang sekuali.. hahahaha..

kita said...

lempang kan aaje maid yg banayk kerenah itu
boleh tahan jugak maid ko ne menjawab!!

Related Posts with Thumbnails