30 August, 2009

Aktiviti hari ini

Percubaan untuk memotong kain tidak berjaya. Malah kain pun langsung tak berusik dari tempat terakhir saya tinggalkan semalam. Hehe.. semalam juga hanya berjaya memotong pesak + kekek baju sutera yang saya tak siap potong tu. Percubaan untuk menjahit baju melayu Muqry sehingga siap juga mengalami kegagalan. Sesungguhnya budak-budak 2 orang ni memang tak boleh tengok ibunya menjahit.

Yang Nuryn sibuk nak duduk sekali kat mesin jahit. Bila Nuryn dah tidur ingatkan dapat menjahit dengan jayanya. Rupanya Muqry pun tak bagi peluang. Sibuk suruh bacakan buku cerita. Jadi kirim salam sajalah nampaknya.

Tertanya camna saya boleh update blog sekarang? Ini adalah kerana budak-budak 2 orang tu dah abahnya bawa ke playground selepas dipaksa oleh ibu singa. Dapatlah saya masak untuk berbuka tanpa gangguan. Siap sudah kentang + ikan bilis goreng berlada dengan ikan selar masak kicap untuk berbuka nanti. Tengahari tadi pun sempat jugak saya buat agar-agar gula melaka bersantan.

Owh.. anak-anak dah balik pulak. Babai...

p.s : Saya lupa nak bawa balik doa harian bulan Ramadhan. Tak dapatlah publish doa untuk 3 hari ni

No comments:

Related Posts with Thumbnails