21 August, 2009

Apa nak jadi?

Saya ada department lunch tadi kat Kg. Baru. Hanya ada 3 orang saja orang ‘kita’ bersama-sama 9 orang lain. Antara 3 orang kita tu termasuklah seorang mamat yang kulitnya bukanlah berwarna cerah. Mamat ni sama-sama naik kereta bos ngan saya dan Kak W dan 2 orang lagi awek sepet. Masa balik tadi, boleh dia buat selamba bodoh jer buat-buat tak tau hari ni hari Jumaat. Kitaorang berdua yang kat belakang ni dah siap ingatkan dia pasal solat Jumaat. Siap cakap kat bos. Tapi masa tu bos tengah sembang dia tak perasan gaknya kitaorang cakap pasal berhenti kat masjid.

Tak pasal-pasal saya dan Kak W dapat soalan bonus dari awek sepet “boleh ke skip? Tak berdosa ke?”. Ha.. sape nak jawab tu?

Turun dari kereta boleh mamat ni cakap “hadoi, perut dah penuh nak gi masjid pun tak larat”. Meluatnyaaaaaaaa!

No comments:

Related Posts with Thumbnails