23 August, 2009

Belum cukup gigih

Ingat lagi angan-angan kegigihan saya nak buat baju raya? Sehingga hari ni, baru dapat potong kain untuk sepasang baju Nuryn & Muqry dan 80% baju sutera saya tu. Sangatlah susah nak potong kain tu. Sehari bentang kain pun tak siap-siap potong. Masih tinggal kekek dan pesak tak selesai lagi. Tension betul mengerjakan kain sutera.

Walaupun tak siap potong, tetap hantar jugak jahit tepi. Dah alang-alang balik Serdang tadi, gi hantar sekali kat kedai jahit. Tu la satu-satunya kedai yang saya tahu boleh jahit tepi kat Serdang. Tu yang rasa macam nak beli mesin jahit tepi sendiri. Haha... berangan lagi.

Projek seterusnya lepas nih ialah kain yang saya beli kat Jakel & baju Nuryn dari kain yang MIL bagi. At least kalau baju saya tak sempat jahit, dapat jugak dia tengok Nuryn pakai kain tu.

Fuh.. janganlah Nuryn terjaga pulak...

No comments:

Related Posts with Thumbnails