18 August, 2009

Bercerai susu?

Setakat ni, Nuryn memang menyusu badan. Pantang nampak ibu, terus melentok liuk nak lepas gian. Hujung bulan ni, genap Nuryn 2 tahun tau. Tapi entah bila dia nak bercerai susu, saya pun tak tahulah… terpulang kat dia. Tapi, yang saya nak cerita ni sebenarnya pasal Muqry. Muqry masih lagi minum susu dalam botol. Kami memang bagi dia guna orthodontic teat NUK sejak baby (Muqry memang tak dapat bf sebab ibu dia ni tak cukup ilmu ketika tu). Sebab flow teat ni tak laju sangat & ada lubang angin Muqry jarang kena kolik. Sampai sekarang pun masih guna teat NUK.

Dah beberapa minggu ni, teat yang dia selalu guna dah koyak. Tapi sebab tak berkesempatan nak membeli memandangkan tak semua tempat ada jual NUK, kami pakai juga teat tu. Hari tu masa gi kedai beli barang umah, saya tunjuk kat Muqry teat biasa yang harga cuma RM1.90. Saya tanya kot kalau boleh beli teat tu. Muqry kata, boleh. Haha… jimat duit ibu, sepasang teat NUK harganya dekat RM18.00 sekarang. Bayangkan berapa banyak teat biasa boleh beli.

Sampai umah saya pun buat-buat exited nak buat susu Muqry guna teat baru. Wah… Muqry pun bukan main seronok. Bila dia tengok je rupa teat tu, dia dah buat muka pelik. Saya suruh jugak dia cuba. “Tak pandailah ibu”. Hadoi… dia tak nak pulak pakai teat biasa tu. Nasib saya tak buang lagi teat koyak.

Hari Ahad, saya belikan pulak orthodontic teat brand Anakku. Baru RM8.00 je sepasang. Bentuk dah lebih kurang macam NUK, harap-harap kali ni berjaya. Bila Muqry mintak susu, saya pun guna teat baru. Dia perasan bentuk lain sikit tapi saya suruh jugak dia guna. Dia dok bising “tak dapatlah”. Sudahnya, dari 7 oz susu saya buat, tak sampai separuh pun dia minum.

Dek kerana kesian kat anak, balik kerja semalam saya belikan juga teat NUK. Lepas 20% discount, dapatlah harga RM14.30. Saya tunjuk kat Muqry “ni ibu dah beli puting sama. Cuba Muqry tengok, samakan macam puting koyak? Ok, puting koyak ni ibu buang tau” . Muqry seperti biasa, jawab ok je. Malam sebelum tidur, dia mesti nak susu. Ingatkan dah pakai NUK, tak de masalah lagi. Rupanya dia sibuk kata tak dapat susu. Saya suspek, sebab dah sebelum ni pakai teat koyak, tentulah laju flow susu. So, saya pun besarkan lubang teat tu. Tengok-tengok separuh je susu Muqry minum.

Pagi ni pulak dia langsung tak minum susu yang saya buat. Nak pakai balik puting koyak tu, kirim salam la… Saya memang dah buang semalam.

Ohh… anak saya dah nak bercerai botol susu ke nih? Dia memang kuat minum susu. Tapi kalau dah tak guna botol, banyak jugak ke dia akan minum? Risau gak nih. Maknanya sekarang, sama ada saya ajar minum susu guna cawan atau minum susu dalam kotak. Ahh.. nantilah bincang ngan Hubby. Sian Muqry…

4 comments:

mama amana said...

kalau ikut amana
boleh dikatakan tiap2 bulan asikla membeli puting nuk tue
apa taknye asik koyak je
bila dia geram dia gigit habis2
lagipun mcm mukry kot tak puas air tak laju
tapi amana dah pakai lubang yg paling besar tau

pulak tue dia guna 2 puting-botol susu& botol air kosong
takde harapanlah satu pakai, satu simpan utk koyak yg akan datang
dua2 akan koyak serentak

sebut pasal kolik alah dari kecik pun dia sik kolik walau guna nuk hehe

Mama Adib said...

my adib tak pandai gigit or koyakkan puting.

org lain kalau dah besar sure lubang puting akan besar, dia maintain je lubang dari zaman bb lagi he he

event puting dia pun jenis pendek (bb size)

saya pun tengah nak mengurangkan pergantungan kat botol susu

yg pasti my adib tak berapa gemar susu dlm cup. memang tak semeriah minum dengan botol.

me_czar said...

mama amana :
untung mana, mama & papa banyak duit boleh beli NUK tiap2 bulan. Hahaha..
Nape tak ajar minum air masak guna cup yang ada straw tu?

mama adib :
wa... sabar nyer adib. Muqry ni maybe sebab tak sabar flow lambat sangat. Semalam seharian tak minum susu. hari ni pun belum mintak susu lagi

mama amana said...

aah banyak duitla snagat...
setiap kali koyak setiap kali amana janji tak gigit lagi..
tapi hampeh...
nak tukar tak sampai ati...
kang tak minum susu pulak

dia dah minum pakai cawan tapi masalahnya kalau pakai cawan jarangla minum air kosong.
sekarang kehulu ke hilir dikeleknya botol air kosong. lagipun dia tdo malam2 nak jugak air kosong.

Related Posts with Thumbnails