23 August, 2009

Cerita puasa saya

Dah 2 hari puasa ni, masih belum berkesempatan masak sendiri. Untuk sahur hari pertama, makan mee rebus yang ayah saya bagi. Buka puasa pulak, buka reramai kat umah nenek Hubby.

Hubby masih tak sihat jadinya, semalam lepas buka umah nenek, balik terus umah mertua. Tido sana. Sahur pagi tadi kat umah mertua la kiranya.

Buka hari ni pulak, kat umah mak saya. Mak ayah saya meniaga kat Pasar Ramadhan Sri Serdang. Jadinya sangatlah banyak menu buka puasa kami hari ni..
Antara menunya:
  1. Laksam
  2. Mee, meehoon & kuewtiow goreng
  3. Meehoon Singapore
  4. Bubur Lambuk
  5. Tepung Pelita
  6. Soya panas
  7. Air kelapa muda
Untuk sahur nanti Hubby request nak makan bubur sebab tekak dia tak lalu nak makan nasi. Bibik lak dah tapau siap-siap dari umah mak saya tadi. Tengah tunggu bubur lah ni sambil-sambil blog hopping. Lepas ni nak perah idea pulak nak fikir apa nak masak 5 hari nih.

Psst... poyo yer citer pasal puasa. Sebenarnya belum dapat puasa pun lagi...

No comments:

Related Posts with Thumbnails