08 August, 2009

Dating jadi rutin

Hari Jumaat Hubby cakap kat saya "esok malam kita ada dating lagi tau". Wah wah... dah dating sekali, nak buat lagi dan lagi pula ya.

Lepas balik dari kenduri tadi, saya cepat-cepat mandi & solat Asar. Baju untuk Hubby dan saya pakai untuk malam nanti pun dah saya siapkan. Hijau menjadi pilihan kami hari ni. Sementara nak tunggu waktu bertolak sekejap lagi, sempat lagi saya berfacebook dan blog hopping. Tetiba Hubby panggil "Sayang, tiket sold out la. Kalau ada lebih baru dapat". La... belum confirm lagi rupanya ada tiket ke tak.

Hm.... dari dating menyaksikan Konsert Jamal untuk kali ke-dua, (orang nak bagi, kami sudi sangat menerima) malam ni kami kembali semulalah kepada rutin setiap malam Ahad tanpa gagal, balik Langat. Ingatkan Hubby nak teruskan juga dating kat tempat lain.....


1 comment:

hubby said...

(Muqry's slang): Sowwi...

Related Posts with Thumbnails