05 August, 2009

Dating

Malam tadi saya dating berdua-duaan dengan Hubby. Pertama kali nih keluar malam-malam tanpa anak. Memang tak sampai hati nak tinggalkan anak-anak kat rumah dengan bibik. Tapi saya keraskan hati, bulatkan tekad. Masa berdua-duaan camtu memang perlu dalam menyemarakkan lagi hubungan suami isteri. Chewahhh..

Nak tau kemana kami malam tadi? Jangan jeles you all. Kami ke sini..


Ke konsert preview Jamal Abdillah, Kembara Seniman kat Istana Budaya. Dapat duduk kat seat yang berharga RM200.00 secara percuma you. Secara jujurnya, saya tidaklah tergila-gilakan Ja.mal ni macam mana saya pernah gilakan kumpulan KRU suatu ketika dulu. Eh.. memang giler habis dengan diaorang. Pernah sekali tengok show KRU kat Sungei Wang, sanggup tu kami menyusup sampai ke jalan belakang Sungei Wang tu. Tup tup... KRU tengah menyorok dalam salah sebuah bilik. Dapatlah kami dan 1 group lagi peminat bergambar secara personal dengan KRU tau. Tu belum lagi saya gagahkan diri dari Serdang ke Melawati semata-mata nak gi rumah terbuka KRU. Siap amek gambar berdua dengan Norman.

Eh..eh.. ni nak cerita pasal malam tadi ker pasal KRU nih?? Haha… sowi ek, teruja pulak nak mengimbau kenangan suatu ketika dahulu bersama jejaka 3 beradik tu.

Ok, berbalik ke malam tadi. Konsert sepatutnya mula 8.30 malam katanya. Tapi, kol 9.10 malam camtu baru betul-betul mula. Kiranya konsep persembahan Jamal ni, ala-ala teater muzikal menceritakan perjalanan dia sebagai anak seni. Serius… peluang melihat dia menyanyi secara life depan mata, buatkan saya tersedar, betapa kurniaan Ilahi… sedapnya suara dia ni. Maintain walaupun menyanyi hampir 3 jam. Terus jatuh chenta gitu. Awww. Banyak lagu-lagu yang dinyanyikan saya tak tau. Tapi, lagu-lagu hits dia macam Kekasih Awal dan Akhir, Sandarkan Pada Kenangan dan hmm.. lupa lak apa lagi satu, ada juga dinyanyikan. Cuma lagu Azura je yang tak ada.

Pendek kata, kalau pun saya kena keluarkan RM200.00 tu untuk tengok konsert dia, saya puas hati. Cuma part Jamal berdialog dalam scene anugerah tu, saya rasa meleret sikit. Yang part nyanyi-nyanyi sumer hebat.

Lepas konsert habis pukul 12.05 pagi camtu, kami sambung pulak dating kat Nasi Lemak Antarabangsa Kg. Baru. Alang-alang dating, dating sungguh-sungguh. Lama betul tak gi sana. Last pegi masa zaman cintan-cintun dulu. Tak de lah sedap sangat pun.. Sedap lagi nasi lemak ayah saya tau.

Lepas makan terus balik, mata pun dah berat lepas pekena nasi lemak. Dalam kol 1.30 pagi baru sampai rumah. Tengok anak-anak dah terbongkang depan tv. Hehe… terima kasih sebab bagi chance Ibu & Abah dating.

4 comments:

::Umi Sufira:: said...

Saya orang Johor..tapi harituh jalan2 KL pekena jugak Nasi Lemak Antarabngsa...adik saya kata femes gila seantero Malaya..tapi pendapat saya pun sama..takdelah sedap gile...cuma choice lauk dia banyak..kan kan..!ops sori off topic!:p

me_czar said...

Umi Sufira atau erk.. Roza kan? Kawan Zetty? :
Betul kan, kan? In fact lauk pun kureng. Malam tadi amek sambal kerang. Kerang tu dah tak fresh. Liat semacam.

m-i-o said...

uuuu....lomentiknya! i always like stage performance. tp kalo istana budaya ke, philharmonik ke, semuanya ratus2 - mencik!

nanti aku nak bawa cadangan ni ke kabinet - mintak buat acara tahunan yg ala2 cenggini.

ah ah ah :P

~IZZAH~ said...

mmg tak best nsi lmk tu, tp saya kalo in laws dtg terpaksa jamah sbb diorang suka...huhu.. nway kalo dating cenggini mkn apa pun sodappp...

Related Posts with Thumbnails