13 August, 2009

Dia... Isabella lambang cinta...

Sebelum saya sambung cerita tentang panggilan hangit, saya teringat 1 lagi cerita kelakar seram yang kami bulat-bulat percaya masa kecik dulu. Sampai terbawa-bawa dalam mimpi tau.

Awas ya kamu, jangan sekali-kali menyanyi lagu Isabella masa mandi, nanti hantu Isabella datang. Ayok… tak tahu… dia datang. LOL.

Kalau balik kampung, haruslah ada sesi mandi berjemaah. Sebabnya, bilik mandi nun.... jauh kat luar rumah. Tu belum lagi pasal takutkan En. Biawak yang jadi penunggu setia papan siling bilik mandi. Mujur tak pernah jadi kes En. Biawak terjatuh masa anak dara bersiram. Kalau tidak, acara mandi berjemaah pasti bertukar menjadi acara lumba lari berkemban-siapa-cepat-sampai-umah. Hadoi.. meremang bulu tengkuk.

Haha… versi cerita hantu Isabella masa tu, ada seorang perempuan yang dah tuntut ilmu salah. Kononnya dia nak jadi cantik. Disebabkan salah menuntut ilmu, sama ada si perempuan dah melahap sate atau berjalan bawah ampaian, mukanya jadi separuh cantik separuh huduh. Dia akan datang menjelmakan diri kalau kita menyanyi lagu Isabella masa mandi. Lagu lain dia tak layan ya, harap maaf.

Apakah kaitannya hantu muka tak siap ngan lagu Isabella dan mandi, sampai sudah saya tak tau. Mentang-mentanglah kumpulan Search tengah popular dengan lagu Isabella. Tak pasal-pasal lahir hantu dengan nama glamer gitu. Tapi yang pastinya, saya memang takutkan hantu Isabella ni dulu.

4 comments:

mama c&h said...

emm...lawak2
terlupa dh cerita ni

Zety Zin said...

oh ye ke? tak pernah tahu pulak kewujudan hantu Isabella ni. Tapi saya memang pernah jumpa hantu muka tak siap ni masa umur 2 tahun. tak pasti la saya nyanyi lagu Isabella ke tak masa tu. hehe.

me_czar said...

Mama :
Citer ni tercetus kat kampung rasanya

Zety :
Serius pernah nampak hantu? Horror seh. Sila brag di blog anda pula ya

mama c&h said...

tu sebenarnya nk srh kite mandi cpt....
bile hari dh gelap nnti kaki skodeng plak yg muncul

Related Posts with Thumbnails