25 August, 2009

Matlamat hari ini

Semalam... saya balik pukul 5.45 petang. Kawan-kawan Muslim lain, pukul 5 dah jalan lenggang kangkong gi jolok punch card nak balik. Memang saya cakap ngan diaorang semalam. Sila jangan tanya soalan seperti "tak balik lagi ke?" atau "kol bape nak balik?", nanti saya nangis. Kalau cakap "bye" atau "selamat buka puasa" tak per. Haha... Tension tau tak boleh balik awal. Lagipun kan saya kena balik naik lrt bulan puasa ni. Sebenarnya tak perasan masa berlalu pantas camtu. Ingatkan baru kol 5 lebih. Kalau tak kerana Hubby call, memang saya tak perasan dah dekat kol 6.00 petang. Apa lagi, kemas meja sikit-sikit, switch off pc dan terus angkut beg.

Sampai rumah pukul 6.45 petang, terus masuk dapur masak lauk berbuka. Tak beli kuih pape pun sebab minggu lepas Hubby ada beli samosa & popia sejuk beku. Goreng yang tu je la. Elok je nak berbuka siap masak lauk telur bungkus + sayur. Memang terkejar-kejarlah semalam.

Jadi, matlamat saya hari ni ialah... nak balik kol 5 jugak. Tak kisahlah.. kerja boleh tunggu esok. Lagipun saya ni tolong je wat keje ni. Orang yang sepatutnya in-charge cuti 2 hari. Esok dia balik, nak serah balik kat dia. Saya support jer. Tak siap keje saya sebab kena wat keje dia nih.

1 comment:

lia said...

errr masak apa 2 dalm masa sekejapan tu? bg la resepi telur bungkus 2, kot boleh dibuat sbb suka lauk2 yg pakai masa pendek ni ;p

Related Posts with Thumbnails