04 August, 2009

Merajuk... sowi...

Anak-anak ni memang pengubat duka. Penghibur hati dengan aksi-aksi spontan mereka. Lagi-lagi bila masing-masing dah mula bercakap. Kadang-kadang ada dialog yang tak disangka boleh keluar dari mulut dua beradik tu.

Ada sekali tu saya berbincang ngan Hubby, sampai satu topik… pendapat kami tak sama pulak. Berubahla sikit air muka saya, terus senyap… konon-konon nak pause kejap. Nak tau apa Muqry cakap?

“ha… kan ibu dah merajuk”

Langsung tak jadi saya nak teruskan konfrontasi. Haha… gelak besar terus kami laki bini. Tau pulak tu dia kalau muncung sedepa gitu merajuk namanya. Rasa macam kagum pulak budak umur 3 tahun boleh cakap gitu dan faham pulak apa yang dia cakap tu.

Lagi satu, ni yang pertama kali Muqry cakap. Sekarang ni dah selalu. Masa tu kalau tak silap dia ada tumpahkan nasi atas meja. Saya cakap sesuatu dan tiba-tiba Muqry terus kata..

“sowi ibu..” yer.. anakku memang pelat R buat masa nih. Tak buleh dibiarkan!

Tersentuh hati mak ni nyah!

1 comment:

~IZZAH~ said...

adeh, tak sabarnya nk tunggu hakim saya pandai say sorry nnti...

Related Posts with Thumbnails