03 August, 2009

Okeh... clear!

Saya mula berkerja hari nih.. Huhu.. lambat betul update. Konon-konon sibuk hari nih. Lepas 5 hari di rumah menjahit, buat kek, buat biskut.. lemah betul rasa nak gi pejabat pagi tadi. Siap berangan nak gi amek mc kat klinik yang biasa saya gi. Tapi nak cakap sakit apa? Saya memang sihat selain terkena serangan kutu durjana.

Seperti biasa, sampai pejabat kami tak dibenarkan masuk selagi doktor klinik panel tak sahkan kami sihat. Melepakla kami minum-minum sementara tunggu klinik bukak.

Sebenarnya cuak jugak nak tau keputusan doktor. Manalah tau kot-kot demam lagi. Sebab hari tu, doktor ada sebut “demam tak kan datang tanpa penyebab”. Lega sebab suhu badan macam biasa. Cuma tekak saya merah sikit. Jadi, doktor kata, kami semua sihat untuk mula bekerja semula. Dah 6 hari sejak dari hari kami ke UPM tu. Mudah-mudahan tak ada apa-apa lah kan.

Masuk pejabat, ramailah yang takut prihatin tanya “dah sihat?”. Hadoi… kami tak sakit. Cuma kuarantin jer… langkah berjaga-jaga kata orang. Tapi kan, elok masuk je pejabat, rasa cam tak sihat pulak. Haha.. inilah penangannya cuti lama sangat.

Hihihihi

No comments:

Related Posts with Thumbnails