12 August, 2009

Panggilan hangit part 1

Masih saya ingat, awal tahun 80an dulu, kalau ada telefon kat rumah, kira gempak sangat la tu. Sama juga macam penggunaan handphone besar-gedabak-baling-anjing-pun-mati pada tahun 90an. Kalau anda masih ingat, hp masa tu siap macam ada briefcase ke hapa ntah. Kiranya sape ada hp masa tu macam orang yang baru menang More Jutaria. Orang kayap kaya la konon-kononnya.

Oh… berbalik pada telefon kediaman, saya tak ingatla bila kami ada telefon kat rumah. Tapi, masa mula-mula pasang, memang jakun tahap orang gua. Bila telefon bunyi, nak angkat pun takut.

Cerita yang paling kelakar bagi saya, masa tu tahun 1987, kumpulan Gersang tengah meletops dengan lagu Masih Aku Terasa. Tersebarlah dari mulut ke mulut kanak-kanak ribena yang kalau nak bercakap ngan Man Bai, boleh telefon nombor *tut*. Saya ngan kakak tak terkecuali, tak lepas peluang nak sembang-sembang jugak dengan Man Bai tu. Lagi pulak bila ada kawan sekolah yang dengan berlagaknya cerita dia dapat borak-borak ngan jejaka idaman Malaya tu. Mana boleh jadi nih, kami nak jugak.

Kali pertama nak telefon, berdebarnya tuhan saja yang tahu. Telefon di angkat… nombor keramat didail. Tut tut... tut tut

“Hello”

“Erk.. hello. Boleh saya bercakap ngan Man Bai”

Bunyi ketawa “o… Man Bai keluar berlatih kat Studio lah dik”

“Tak apalah, terima kasih”

Tak putus asa, kami cuma lagi kemudian.. tut tut... tut tut..

“Hello”

“Hello, boleh saya bercakap dengan Man Bai”

“Dik.. siapa kata ini nombor telefon Man Bai. 103 ni nombor Telekom lah. Adik dah kena tipu ni. Ramai sangat yang telefon sini cari Man Bai”

Tak tunggu orang sana habis cakap, saya terus letak telefon. Cis, hampeh betul!

7 comments:

mama caca & maira said...

cian kite kan...
ni sume dpt dr kwn yg kononnye pakcik dia keje syarikat rakaman yg handle kump GERSANG

lia said...

kah3....

xtau nk ksian ke nk gelak... err smbung gelak la ha3...

kita said...

hik hik
ko ne dari dulu mmg taksub dgn artis haha..KRUlah ..
rupanya Gersang pun masuk senarai

nape kita tak penah dgr citer pasal no tepon man bai tue?

me_czar said...

Mama :
Yang kita pun percaya sangat

Lia :
Teruskan gelak, tak pe..

Kita :
Haha.. itu cerita dulu. Ko tertinggal Wings la.
Tak citer kat ko sebab masa tu kita belum jumpa ko lagi. Baru darjah 1

nonnie78 said...
This comment has been removed by the author.
nonnie78 said...

wakakkakakaka.. aku rasa cam nk guling kat lantai opis dah ni myza oiiii... sib baiklah tipun kt umah aku dah ada since aku belum masuk tadika lagik, tahun 1984.. itupn bkn sbb bapak aku kaya tp sbb pakcik aku keje telekom... mesti sian kat telefonis telekom tu kan? penat nak jawab man bai gi toilet, man bai tengah makan, man bai balik mandi, man bai.. bla.. bla.. klaka lah n3 ko ni... sori.. jgn marah.. aku terhibur dalam pada mendengar citer kawan opis ni adiknya di HUKM kerna suspect H1N1.. aduh.. jom peningkan kepala semula...

chilun @ cik pau @ bibimie said...

huhuhu... masa tu mana laa tau ek 3 angka tu nak tepon telekom jerk... kalau tak silap no tepon dulu2 5 angka.

Related Posts with Thumbnails