13 August, 2009

Panggilan hangit part 2

Ada cerita yang lebih hangit dari cerita ‘telefon dan Man Bai’. Masa zaman-zaman tu jugak, beberapa kali jugak rumah kami ni terima panggilan lu.cah tau. Tension betul. Lagi pulak saya baru umur 7-8 tahun. Terkujat beruk saya kalau dengar orang-orang gila ni cakap benda pelik-pelik camtu. Lagilah buat saya fobia nak jawab bila telefon… telefon berbunyi.. ada haiwan dalam bahaya Pemanggil-pemanggil tak siuman ni biasanya main dail jer nombor telefon secara rawak. Lepas tu kalau yang jawab tu perempuan, mulalah cakap yang tak senonoh.

Saya ingat lepas 20 tahun, tak adalah lagi orang bangang camtu. Rupanya ada jugak ya. Kejadian baru lagi berlaku kat kampung atok saya hari tu.

“Hello”

“Hello, ni kat blablabla ke?” Ntah tak berapa jelas dia tanya kat mana

“Ni kat Sri Gading”

“Rumah ke pejabat ya ni?”

“Rumah”

“O… mintak tolong boleh tak?”

Saya dah panas, “nak cakap dengan siapa sebenarnya?”

Dengan suara gersang, “hmm.. tolong picit pel*r boleh tak?”

Kepala hotak kau!!!! Pang! Kesian telefon yang jadi mangsa.

Budus punya orang. Mak saya lagi lawak, siap cakap kat saya “patutnya cakap je, ko picitla pel*r ko sendiri”

Hii… tak kuasa nak layan. Uwekk nak muntah!

2 comments:

yOkOyOpOyO said...

eii teruk betull perangai org yg call tuh. memang tak de keje betull..

chilun @ cik pau @ bibimie said...

ahahaha.... adeehhh... dulu2 masa kekecik tak ingat laa kena panggilan hangit mcm nih ker tidak. tapi masa zaman bujang kat U dulu dua kali dapat. i ada line sendiri pasal pakai internet. satu lagi line rumah kongsi reramai... yang pelik nyer tu... orang yang sama tepon dua2 line dan dua2 panggilan tu i pulak yang angkat... budus tahap gaban laa... hahaha...

Related Posts with Thumbnails