18 August, 2009

Penawar H1N1... InsyaAllah

Saya dapat info ni dari emel yang dipanjangkan kawan-kawan. Dalam emel tu katanya, penawar ni digunakan oleh seorang Ustaz untuk rawat budak yang terkena H1N1 kat Shah Alam dan ada pula yang bagi testimoni katanya anak staff dia pun beransur pulih bila amalkan jus epal hijau nih. Sejauh mana sahihnya sumber ni, tak dapat dipastikan. Tapi, apa salahnya kita cuba. Yang penting, kita usaha sebelum serah bulat-bulat pada Yang Maha Kuasa.

Caranya, bagi sesiapa yang demam dan ada simptom-simptom H1N1, makan sekurang-kurangnya 6 biji epal hijau dan minum jus oren setiap hari sampai demam kebah dan tiada lagi simptom-simptom H1N1 tu macam sakit tekak, demam yang berpanjang sehingga 4, 5 hari dan susah bernafas. Bagi yang sakit tekak, boleh blend epal hijau tu jadikan jus.

Satu lagi yang dikatakan boleh mengelakkan dari terkena jangkitan H1N1 ialah dengan gunakan fennel seeds atau jintan manis (ada yang kata jintan hitam). Yang ni ada keluar dalam Utusan Malaysia hari Jumaat lepas kalau tak silap. Caranya ialah dengan rendam jintan manis dalam air suam dan minum pada awal pagi. Boleh juga rebus dan biarkan suam sebelum minum.

Jintan manis ni boleh juga tambahkan susu badan tau. Jom kita cuba. Selain dapat elakkan dari H1N1, mudah-mudahan hasil susu pun meningkat. InsyaAllah..

2 comments:

yOkOyOpOyO said...

ehh suka la hiasan rumah baru nih.. kemas dan teratur je.. :)

me_czar said...

thanks friend ;D

Related Posts with Thumbnails