26 August, 2009

Resepi campak-campak

Demi memenuhi permintaan Lia, saya tepek kat sini camne saya masak telur bungkus ya.

Bahan-bahan:
  1. Bawang untuk menumis
  2. Serai
  3. Daun limau purut
  4. Cili kering yang dikisar
  5. Sos tiram
  6. Garam
  7. Ayam atau daging cincang
  8. Sayur campur (biasanya saya letak carrot jer. Tak berapa minat ar sayur campur tu)
  9. Telur
Caranya:
  1. Tumis bawang sampai naik bau
  2. Masukkan serai, daun limau purut dan cili kisar
  3. Tumis sampai cili kering. Masukkan sos tiram, garam
  4. Masukkan ayam atau daging dan sayur campur. Kalau nak basah, tambah la air
  5. Ketepikan bila dah masak
  6. Dadar telur senipis yang mungkin dan letak ayam/daging kat tengah-tengah
  7. Bungkus kan ayam/daging ngan telur dadar dan telangkupkan kat pinggan. Skil kena betul supaya tak terburai ya

Tapi hari tu saya ngelat, saya goreng je telur dadar asing. Tak bungkus pun. Hehe...


Selamat mencuba Lia. Sekejap je masak ni. Janji bawang & cili dah siap-siap blend la ya.

1 comment:

lia said...

boley try tp xmasuk serai, daun limau purut kot sbb xde kat umh

Related Posts with Thumbnails