02 August, 2009

Saya dijangkiti

Ya.... positif. Sungguh saya tak sangka saya boleh terkena. Ingatkan selepas beberapa lama, tak mungkin saya dijangkiti. Tapi jangan cemas... bukan H1N1 cuma...

.

.

.

.

.

.

.

.

KUTU. Kerisauan saya terhadap jangkitan H1N1 telah mengatasi kerisauan saya terhadap jangkitan kutu. Huhu... Sebenarnya tak rasa pun macam dah kena kutu.

Kisahnya, Jumaat lepas Hubby soh saya cabut uban kat kepala dia. Bukan setakat uban yang saya jumpa, telur kutu juga. Sahih la ada ibu kutu sebab telur-telur tu berisi lagi. Hubby terus lumur kepala dengan syampoo kutu. Semalam Hubby botakkan terus kepalanya. Jadi sekarang anak & bapak sama botak.

Disebabkan tidur sekatil (dah tentulahkan....), saya pun syampoo la jugak kepala saya pagi tadi. Kebetulan lepas lumur syampoo satu kepala, saya tengok tapak tangan. Sebenarnya nak tengok ada tak rambut gugur... Hehe.. jangan lupa kegelian saya pada rambut basah. Ada sekor ibu kutu okeh. Dah sahlah saya pun ada kutu rupanya. Hadoi... menci betul! Harap-harap sume ibu-ibu kutu dah mamp*s. Telur-telur tu akan diuruskan dengan sikat kutu nanti.

7 comments:

~IZZAH~ said...

fuhhh.. terbeliak biji mata saya bc kt atas tu ingatkan akak kena h1n1.. adehhh.. comas den!!

m-i-o said...

saspen je :P

tp serangan makluk perosak itu pun agak mengerikan. eh, aku pernah kena sekali masa darjah 2. sabor je la. satu kelas berjangkit ko! dia punya gatal - fuh, mak enon je la yg tau tahap kroniknya.

abih, ko pun kena botakkan kepala ke? hallamak, vogue cam demi moore le ko :P

Fid said...

terkejut aku
ceh!!!

lia said...

wat terkejut ajer ;p

kutu 2 pon bahaya gak... boleh wat sakit jiwa sbb gatal...

me_czar said...

Izzah, Fid :
Saje nak bagi saspen pagi Isnin. Akak saya lagilah... Tak baca tajuk, belum habis baca pun. Baru nampak perkataan positif, dia dah tanya "eh, ko pregnant ker?" Hadoi!

M-I-O, Lia :
Memang tension betul dengan kutu ni. Cepat betul merebak. Bila dah tau ada kutu ni, mulalah rasa gatal je kepala. Physco betul.
Rasa teringin jugak wat keje gila, botakkan kepala. Tapi habis melurut tudung nanti. Ke lagi grip sebab tajam? Hahaha!

Solehah said...

suspennye...

Solehah said...

suspennye...

Related Posts with Thumbnails