21 August, 2009

Selepas 2 hari...

Selepas sehari mc dan sehari emergency leave… saya terpaksa memulakan kerja hari nih. Anak-anak dah sihat tapi, cik abang pulak yang demam. Malam tadi Muqry masih bangun merengek sekali dan Nuryn beberapa kali. Owh… dalam mamai-mamai kol 5 lebih tadi, Muqry ada mintak susu. Disebabkan punyalah besar saya lubangkan teat NUK tu, sekejap je habis susu tu Muqry minum. Saya tunggu sampai habis.. Bila dah habis saya tanya “ok?” dan Muqry sengih sambil mata tertutup. Saya agak, dia dah boleh terimalah teat baru tu. Atau pun sebab dia tengah mamai, dia ok je minum tak tau la pulak.

Dah 3 malam tidur tak betul, pagi ni sakit-sakit pulak badan saya. Macam baru lepas lari Marathon (haha… yer ke AK camtu rasanya, aku belasah je :P). Memang menuntut kesabaran yang tinggi jaga 2 anak yang sakit. Kadang-kadang jadi monster juga saya. Dapat ke gaknya saya ganjaran seperti ni…

wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit, akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba

ataupun ini…

wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya, Allah memberi 12 tahun pahala ibadat

Hmm... kena perbaiki diri lagi saya nih.. Belum cukup sabar lagi

1 comment:

mama amana said...

jaga anak sakit amatla menuntut kesabaran
lagi2 bila berbadan 2 ne
tapi setakat ne kalau amana sakit selalu boleh tahan lagi sbb papa dia yg jaga lebih & boleh jugak gilir2.. (sorang salin baju yg kena muntah & sorang lap muntah, sorang buat susu & sorang pujuk2 anak)

tapi kalau papa dia sakit & kita ne yg kena jaga anak yg lasak tue ..masa tue baru tau kuderat tue seciput jeeeee..
mulala angin jadi monster

Related Posts with Thumbnails