11 August, 2009

Tahniah adikku!

Saya baru masuk kerja tengahari tadi. Ambil cuti 1 setengah hari semalam dan pagi tadi. Kami balik Batu Pahat sebab adik saya ada konvokesyen dekat UTHM semalam. Yang dapat masuk menyaksikan istiadat konvo cuma ibu bapa saja, jadi kami (saya & family kakak) yang kena tengok dari luar ni, tunggu kat rumah nenek sambil terhegeh-hegeh sarapan dan bersiap. Ada disediakan skrin besar kat luar dewan untuk tetamu yang tak boleh masuk. Konon-kononnya tak nak lah keluar rumah awal sangat, nanti kesian pulak kat budak-budak.

Elok je saya keluar bilik mandi kakak saya cakap “wei, Kha*ry kata dia dah habis la. Camne nih?!”. Hadoi… tak ke haru. Datang jauh-jauh nak tengok adik konvo tapi, bukan setakat tak dapat tengok konvo, bersiap pun belum lagi. Hubby saya lagi la… masih pakai baju tidur malam tadi melayan nenek atok (orang Johor panggil nenek pun atok jugak) sembang. Ntah apa yang sengal kami semua ni, sesi adik saya habis kol 11 pagi camtu, kol 10.30 baru kami plan nak kuar umah. Padahal giliran dia mungkin sebelum kol 10.30 pagi.

Memasing rushing la siap. Mujur dari umah nenek ke UTHM cuma 15 minit camtu. Untuk mengurangkan rasa bersalah, kami pakat belikan dia kuntuman bunga + katak hijau sekor. Sajalah… buat cantik gambar-gambar dia. Lagipun sume orang ada bunga, tak best pulak dia tak de kan. Kiranya kehadiran kami semalam cuma untuk sesi bergambar je la. Yang seronoknya, dapat kumpul semua ahli keluarga.

Lepas puas berposing sakan, balik umah atok semula. Makan-makan Mee Bandung Batu Pahat, tidur-tiduran… pukul 6 petang baru kami konvoi 4 kereta balik Serdang. Alhamdulillah sampai sebelum kol 9 malam. Tu yang pagi tadi saje amek cuti separuh hari. Konon-konon penat sangatla.

No comments:

Related Posts with Thumbnails