05 August, 2009

Today is our day!

Hari ini hari ulang tahun perkahwinan kami yang ke 4. Syukur Alhamdulillah. Mengimbau kenangan, kami mulakan salam perkenalan sebagai rakan sekelas 13 tahun yang lalu. Tak lama sebagai rakan sekelas, si dia meluahkan rasa hati, supaya kami meneruskan hubungan itu kepada hubungan yang lebih serius dan bermakna.

Tempoh 9 tahun sebelum kami diakadkan pada 5 Ogos 2005, menyimpan banyak kenangan. Suka, duka, pahit & manis semunya kami tempuhi. Kami jatuh, kami bangun bersama. Syukur kerana jodoh masih kuat. Kenangan-kenangan itu banyak mengajar saya erti hidup dan membuatkan saya lebih menghargai.

Ulang tahun pertama, kami sambut di hospital atas keuzuran saya disebabkan penyakit duodenal ulcer yang dikesan selepas saya melahirkan Muqry.

Ulangtahun kedua, kami sambut ber -3 bersama Muqry dengan Nuryn yang masih lagi dalam kandungan.

Ulangtahun ketiga, kami sambut ber-4 pula.

Nampaknya, ulangtahun kali ni masih sama. Masih ber-4 dan tambah bahagia dengan anak-anak yang makin banyak celotehnya dan makin bijak juga.

Mudah-mudahan, ulang tahun akan datang menjanjikan hari yang lebih baik. Amin….

Sayang harap Abang beroleh bahagia bersama Sayang. Di atas keterlanjuran sepanjang bergelar suami isteri, Sayang mohon ribuan keampunan dari Abang. Semoga Abang sentiasa redha ke atas Sayang supaya Sayang juga sentiasa berada di bawah redhaNya.

5 comments:

m-i-o said...

happy anniversary! :)
uiii sekejap jek dah beranak pinak kan...thn depan berlima pulak. klo kembar bleh berenam you!

aku sebenarnya nak tergelak la baca entry ini (maafkan aku, maafkan aku!) sebab aku takleh imagine ko wat ayat isteri mithali. seriyes, ko!

tambah2 pulak lakimu ittew aku kenal. lagila aku tersengih2. hahaha!

so, weekend ni ke PD plak eh? ini betul2 sambutan anniversary marathon. uiii best, best! :P

me_czar said...

Ko nih.. jangan ditegur... Bagila aku chance mode jiwang sket.. ;p

me_czar said...

Anyway, thanks M-I-O. Weh.. untuk pengetahuan, tidakla kami ni brutal sentiasa... kekadang cenggitu gak.
Ko buat aku rasa nak edit pulak.
Tengok m-i-o ni bang, kutuk kita!

kita said...

happy aniversary

hubby said...

sape M-I-O ni?

Related Posts with Thumbnails