20 August, 2009

Update sesaja

Saya baru lepas siap masak untuk makan malam. Sempat lagi update sementara tunggu Hubby. Lauk sempoi je. Sambal udang lebih tengahari tadi, telur mata masak kicap & kobis tumis air. Oh.. saya cuti lagi hari ni, ambil emergency leave. Alhamdulillah siang ni anak-anak dah kebah demamnya. Cuma malam tadi Nuryn masih tak tidur lena membuatkan saya sama tak cukup tidur.

Anak-anak satu hari ni belum makan nasi lagi. Dari pagi tadi, cuma makan roti. Petang tadi saya umpan dengan bubur gandum. Nampaknya tak jalan jugak. Mungkin tekak tak sedap lagi. Tapi yang risaukan saya Muqry ni, sejak dari hari tu, masih belum nak minum susu. Memang sungguh nak bercerai susu gaknya. Mujur ada beli Nut.rigen, jadinya ada la juga air lain yang Muqry minum selain air masak.

Ala... Hubby pulak mengadu tak sedap badan nih. Nak dinner dulu... sambung kemudian..

No comments:

Related Posts with Thumbnails