01 September, 2009

2 dalam 1

Post ini sepatutnya saya publish pada 29 Ogos 2009. Somehow saya lupa dan hanya save as draft saja...



Hari ini ulang tahun kelahiran Raja Syaza Nuryn yang ke-2. Bermakna…


.

.

.

.

.


Alhamdulillah, yeay kami dah graduate! Genap sudah 2 tahun yang mencabar menyusukan Nuryn dengan susu badan. Walaupun sepanjang perjalanan ada juga kami terhalang. Bila Nuryn dah hampir 2 tahun, susu saya memang tak sebanyak peringkat awal. Tapi Nuryn pun anak yang baik. Dia cuma minum 3 botol x 2.5 oz waktu siang masa saya gi keje. Ada sekali dua bila EBM tak cukup, bibik gantikan dengan Melilea Soy. Cuma susu formula je saya tak bagi. Itu kena tunggu lepas 2 tahun. Hehe.. tapi saya bersyukur dan bangga dengan diri sendiri sebab berjaya juga sampai ke tahap ini selepas kegagalan pertama dulu. InsyaAllah akan saya teruskan sampai Nuryn sendiri yang tak mahu. Kalau ikut Nuryn, lama lagi bergantung nih. Pingat emas untuk kami berdua!

Alhamdulillah, syukur.... Terima kasih pada yang menyokong dan memahami, anda tahu siapa anda :)

2 comments:

lia said...

wahhhh da berjaya 2y la nyusukan nuryn ya.... tahniah myza...

me_czar said...

Alamak Lia, terlepas pandang pulak ucapan tahniah ni. Terima kasih.. Lia pun mesti berjaya juga. U can do it bebeh!

Related Posts with Thumbnails