23 September, 2009

Cerita raya

Raya pertama

Kat umah mertua (Hulu Langat). Saudara belah bapa mertua pun duduk dekat-dekat jugak. Jadinya dapatlah beraya sekali raya pertama tu. Sampai malam jugaklah beraya. Mak mertua masak lauk wajib, daging piceh. Makan ngan nasi impit dan lemang. Kakak ipar lak, masak rendang ayam. Saya.... tukang makan jer. Haha..

Raya kedua

Beraya umah adik-beradik mak mertua kat Semenyih dan Jalan Klang Lama. Balik tu ada tetamu lak datang umah.

Raya ketiga

Tak kemana pun. Ramai lak tetamu kat umah mertua. Petang tu baru kami balik ke Puncak Utama.

Raya keempat

Pun tak gi memana. Melayan anak, buat kuih... tu je la kot. Tengok tv pun tak dapat. Plan nak gi Bangi beli barang buat kuih pun tak jadi. Memanglah kalau dah duduk umah ni, tak rajin betul nak keluar. Ni kawan-kawan baru balik dari melepak beraya. Cuma dapat jamu choc cip cookies je.

Esok baru nak beraya ngan famili saya & sambung buat kuih lagi kalau rajin

No comments:

Related Posts with Thumbnails