05 September, 2009

Cuba teka..

… saya kat mana sekarang? Pejabat.. *owh dah bagitau semalam*. Sempat lagi saya ke SO.GO mem.ber sa.le pagi tadi. Gigih tu… kol 8.11 pagi dah terpacak sorang-sorang depan SO.GO. Sayalah yang shopping sorang. Orang lain dah ramai menunggu depan SO.GO tu. Bajet tahun ni adalah sangat ketat, jadi kena shopping jugak time mem.ber sa.le ni. Dapat extra discount. Pembelian tadi hanyalah baju anak semata-mata. Lagipun saya hanya ada masa yang sangat terhad. Pukul 10.30 pagi saya dah patut selesai shopping dan menuju ke pejabat pula. Disebabkan saya sorang dan nak cepat, tak dapat saya tinjau hand bag dan kasut yang tengah sale tu masih ada barang anak yang tak dapat beli. Tapi mungkin lepas ni sambung kat Jus.co. Lebih dekat ngan rumah dan pastinya tak sesak macam tadi.

Lepas bayar saya rush pula ke pejabat. Sampai pukul 10.55 pagi tadi dan tak tahulah sampai pukul berapa kena kerja hari ni. Peluh ketiak dah kering, lelah pun dah hilang, bolehlah saya mula buat kerja sekarang

No comments:

Related Posts with Thumbnails