14 September, 2009

Cuti raya

Saya sepatutnya cuti raya bermula Jumaat ni dan sepanjang minggu depan. Company bagi cuti free hari Rabu, kiranya Khamis & Jumaat la saya cuti. Lama dah saya apply, dari awal bulan lagi. Layak apa saya nak cuti lama camtu. Kalau tengok punch card saya dari 1 September sampai 12 September, tak ada kosong langsung. Maknanya, tiap-tiap hari saya kerja macam nak gila.

Tapi tadi, bos buat pengumuman yang mendengarnya pun membuatkan saya rasa macam nak bakar pejabat orang. Masuk lagi 3 tender dan kena submit minggu depan. Gila apa?!

Tolonglah… saya nak cuti. Sepatutnya saya sorang je yang tak ada. Tapi ada juga sorang yang tak menyambut raya pun nak cuti sepanjang minggu depan. Kalau betullah tak cukup orang, sila tarik balik kelulusan cuti orang yang tu ya. Bukan saya.

Migrain saya dengar pengumuman ni.. Orang lain dapat pengumuman bonus, saya dapat pengumuman tambahan kerja yang berbaur “permohonan cuti anda masih dipertimbangkan”.

No comments:

Related Posts with Thumbnails