14 September, 2009

Dah siap, yeay!

Sabtu lepas saya kerja juga. Dari 9.30 pagi sampai 4.30 petang. Siap dah costing projek ratus juta tu. Jadinya, hari Ahad tak payah datang kerja.

Malam tu buka puasa kat umah nenek Hubby. Sampai umah kol 1.30 pagi saya teruskan dengan projek menjahit. Tak sedar dah sampai pukul 4 pagi. Orang lain berjaga malam menambah pahala puasa, saya dok sibuk menjahit. Tak suka! Pagi tu sambung menjahit lagi sampai kol 11 lebih. Siap sudah baju Muqry dan Nuryn. Tinggal baju saya je nak siapkan dalam masa 6 hari ni. Tak boleh pun kena bagi boleh juga. Hahaha. Petang tu merewang pulak ke Putrajaya nak cari songkok dan sampin Muqry. Ingatnya nak belikan sandal untuk Nuryn, tapi tak ada yang berkenan & melebihi bajet pulak.

Baju untuk raya kedua, mak saya dengan murah hatinya jahitkan sepasang baju kurung biru untuk Nuryn. Baju Melayu Muqry, kalau sempat mak saya buatkan sekali. Kalau tak Nuryn je berbaju kurung, Muqry jeans & t-shirt saja cukupla. Untuk saya & Hubby, recycle baju lama. MIL pun dah tahu saya tak sempat buat baju dari kain yang dia belikan tu. Tersangat sibuklah mummie, buat baju raya Haji lah ya.

Kuih… sebiji pun tak ada. Lagipun kami bukan raya kat umah sendiri. Kalau sempat hari Jumaat saya bakar sikit choc chip cookies untuk bawa umah mak dan MIL.

Kesimpulannya, tahun ni persiapan raya paling sempoi untuk kami sekeluarga. Rasanya lepas kecurian duit hari tu, macam tak mampu nak sediakan duit raya. Memang sengkek sungguh sekarang. Harap pada duit gaji kalau-kalau company bagi gaji awal sempena raya.

No comments:

Related Posts with Thumbnails