27 September, 2009

Fuh, penat

Saya baru sampai rumah pukul 1.15 pagi tadi. Menghabiskan hampir separuh hari kat rumah kakak ipar. Dia wat 'open house' hari nih *eh, semalam la kiranya*. Saya tak buat la kot tahun nih. Tapi tahun-tahun lepas pun tak buat besar-besaran. Cuma panggil kawan-kawan rapat jer.

Saya dah berjaya buat biskut mazola tu tau. Saya kurangkan sukatan separuh. Tapi, kalau nak buat lain kali, nak kena kurangkan sukatan gula. Tersangatlah manisnya!

Lepas buat biskut mazola, saya buat sikit cornflakes chocolate. Jadinya, tengahari semalam bila kakak dan ibu-ayah saya datang, dapatlah juga saji kuih raya buatan sendiri. Seronok dapat menjahit, buat kuih. Walaupun tak boleh nak buat duit lagi, puas gak hati. Tapi tu la... bila dah mula kerja, mesti dah tak berpeluang nak luangkan banyak masa buat benda-benda tu lagi. Mungkin boleh kalau saya pandai uruskan masa *dah mula berangan macam-macam. Haha*.

Okeh, saya nak tidur. Esok ada misi ke Mid Valley lak nak 'menterkejutkan' orang. Lepas tu nak gi membesarkan ukur lilit perut beraya lagi.

No comments:

Related Posts with Thumbnails