06 September, 2009

Hari Ahad tapi....

… saya kerja. Ini kerja yang tak boleh claim ot punya. Cuma kalau ikhlaskan hati, lillahi taa’la… harap Dia sudi beri ganjaran-Nya *kena bersihkan hati & ubah mind set nih*. Semalam buka puasa di pejabat juga. Makan nasi lemak yang didatangkan khas dari Pasar Ramadhan Kota Kemuning oleh C.E.O. saya. Sukalah C.E.O baru ni. Bila kami cakap terima kasih sebab bawakkan makanan, dia kata dia yang patut ucapkan terima kasih kat kami sebab sanggup luangkan hujung minggu untuk kerja ni. Beberapa kali jugak dia cakap terima kasih. Sejuk hati dengar bila orang atasan menghargai penat lelah orang bawahan nih. Semalam balik pukul 8 malam. Harapnya hari ni dapat balik sebelum buka puasa.

No comments:

Related Posts with Thumbnails