07 September, 2009

Hari Isnin yang meletihkan...

Bestnya bagi pekerja yang bekerja di Selangor. Cuti hari ni ya… Saya rasa letih sungguh hari ni. Selepas 6 hari bekerja tanpa henti, kepala pun macam dah tepu. Sepanjang minggu lepas, cuma hari Selasa dan Khamis saya berjaya balik sebelum 5.15 petang. Hari Rabu, balik pukul 6.44 petang. Jumaat dan Sabtu balik selepas pukul 8 malam dan semalam bekerja juga dari pukul 9.15 pagi hingga 3.30 petang.

Dah seminggu juga saya tak menjahit langsung. Semalam, sampai je rumah dari pejabat, saya terus siapkan baju kurung Nuryn. Status setakat hari ni, sehelai baju kurung Nuryn dan sehelai seluar Muqry dah siap. Yang belum, kain untuk baju kurung Nuryn, baju Melayu Muqry, baju dan kain saya. Itu baju untuk raya pertama je. Lagi sepasang baju Nuryn dan saya yang saya rancang nak jahit sekali, potong pun belum… Tak sangka pulak banyak kerja bulan puasa ni sampaikan nak balik awal pun tak boleh. Ada 2 minggu lagi ni saya yakin dapat siapkan baju-baju tu. Cuma yang belum potong tu macam tak sempatlah.. Sepasang je la baju saya tahun ni.

2 comments:

chilun @ cik pau @ bibimie said...

alahai rajinnyer... bagus laa u ada kemahiran mcm nih. i jugak yang terkial2 nak pi cari baju kat kedai. dah ler susah nak saiz dengan budak berdua tu... kena laa alter2 jugak ek... huhu..

me_czar said...

Nak kata rajin tak juga.. kena ikut mood. Tapi kalau dah last minute camni, tak de mood pun kena paksa juga. Haha..

Related Posts with Thumbnails